Guan Eng Jangan Biadab, Islam Untuk Semua Bukan Untuk PAS Sahaja

lim guan eng

BANGI – Kenyataan Pengerusi DAP, Lim Guan Eng yang dengan biadabnya menggelar Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek sebagai ‘menteri pendidikan PAS’ menggambarkan dirinya sebagai seorang ahli politik yang berfikiran sempit. Lim Guan Eng seakan menganggap hanya PAS sahaja yang mempunyai autoriti untuk bersuara dalam hal ehwal melibatkan Islam manakala ahli politik daripada parti yang lain tidak perlu bercakap dalam soal Islam.

Selain daripada tanggungjawab Fadhlina Sidek sebagai seorang Menteri Pendidikan, beliau juga berhak untuk bercakap sebagai seorang Islam yang agamanya melarang secara sekeras-kerasnya tentang arak.

Hal ini menampakkan beliau menggalas tanggungjawab sebagai seorang Islam dalam mempertahankan kepentingan Islam dan ini tidak bermaksud beliau membawa perjuangan PAS.

Lim Guan Eng sepatutnya membuka minda dan mata bahawa Islam itu bukannya untuk PAS sahaja malahan ia adalah untuk semua pihak yang beragama Islam.

Begitu juga dengan ketetapan yang meletakkan Islam adalah agama Persekutuan bagi negara Malaysia dan ini sudah termaktub di dalam Perlembagaan sewaktu mula-mula merdeka lagi. Adakah ini bermaksud negara ini sudah lama diserapi dengan ideologi PAS?

Apabila menjadi kerajaan, semua ahli Kabinet yang berada di dalam kerajaan sama ada menjawat jawatan menteri atau tidak mesti mempunyai satu rasa tanggungjawab untuk mempertahankan kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan.

Ini bermakna segala unsur yang menyentuh sensitiviti Islam perlu dicegah dan dilarang oleh kerajaan.

Sungguh hairan apabila Menteri Pengangkutan Anthony Loke yang tiada kaitan langsung dalam portfolio Kementerian Pendidikan sibuk mengulas mengenai tajaan arak di sekolah. Beliau sepatutnya bercakap mewakili kerajaan bukannya mengeluarkan kenyaatan yang seakan ingin berpihak kepada syarikat arak tersebut.

Kenyataan Fadhlina dilihat langsung tiada masalah kerana beliau bercakap atas kapasiti sebagai seorang Menteri Pendidikan yang beragama Islam.

Jika DAP dan Lim Guan Eng mencanang parti mereka sebagai parti yang terbuka untuk semua kaum, beliau patut membuka pandangan politiknya bahawa Islam bukan untuk PAS sahaja malahan untuk semua orang Islam tanpa mengira parti.

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post
guan eng arak

Adakah Guan Eng Cuba Nyatakan Pakatan Harapan Sokong Tajaan Arak?

Next Post
dong zong

Dong Zong Jangan Melampau Dan Hormati Undang-Undang

Related Posts