Yuran Tadika Naik Impak Daripada Kenaikan Gaji Minimum

yuran tadika naik

Yuran tadika di seluruh negara dijangka akan naik antara 20 hingga 25 peratus susulan kenaikan kadra gaji minimum kepada RM1,700 daripada RM1,500.

Bukan sahaja yuran tadikan malahan yuran taska juga akan naik seperti yang dijangka oleh oleh oang ramai.

Kenaikan gaji minimum sebanyak RM200 ini menyebabkan berlakunya kenaikan kos operasi untuk tadika dan taska ini.

Penasihat Persatuan Tadika Islam Malaysia (PERTIM), Zaharah Awang berkata kira-kira 1,000 ahlinya di seluruh negara bersiap sedia menaikkan yuran perkhidmatan tadika mereka susulan kenaikan operasi ini.

Kenaikan kos operasi ini bukan sahaja melibatkan gaji pekerja iaitu guru malahan ia merangkumi juga kenaikan kos bahan mentah untuk makanan, bahan bantu mengajar, kadar sewa dan bil utiliti.

Mereka juga sebenarnya sudah bersiap sedia tentang kenaikan gaji minimum ini sehingga RM2,000 sebulan namun tidak menjangkakan ia seawal ini yang akan dikuatkuasakan bermula 1 Februari 2025.

Bagaimanapun, kenaikan berkenaan perlu mendapat kebenaran terlebih dahulu melalui permohonan yang akan dibuat kepada Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) atau Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) sebelum dilaksanakan.

Ada Tadika Dijangka Tutup Operasi Kesan Yuran Tadika Naik

Zaharah Awang turut berkata seramai 1,000 pengusaha tadika di seluruh negara tersepit kerana tidak mahu menaikkan yuran bagi mengelakkan ibu bapa pelajar terbeban namun mereka terpaksa menaikkan juga yuran demi kelangsungan operasi tadika.

Beliau menjangka pengusaha yang tidak mendapat sokongan ibu bapa atas sebab kenaikan yuran tadika ini berkemungkinan akan menutup operasi mereka kerana kos operasi yang terlalu tinggi untuk ditanggung.

Mereka amat bergantung 100 peratus kepada yuran yang dibayar oleh ibu bapa untuk menampung kos operasi mereka.

Dalam isu ini, hal ini dapat dilihat bahawa semua pihak iaitu pengusaha tadika dan ibu bapa pelajar terkesan dengan kenaikan kos sara hidup ini.

Tekanan kos sara hidup ini memang menghimpit ibu bapa apabila beliau mengatakan pernah berlaku seramai 41 murid sebuah tadika ahli mereka diberhentikan ibu bapa hanya kerana kenaikan yuran tidak sampai RM40 sebulan.

Kerajaan sepatutnya khuatir dengan keadaan semasa ini kerana dikhuatiri ibu bapa akan memilih tadika yang lebih murah untuk anak mereka belajar.

Sesuatu yang normal apabila pengguna menunjukkan perilaku untuk mencari perkhidmatan yang boleh meminimumkan kos namun menjadi satu kerisauan jika tadika dan taska yang menawarkan yuran murah itu tidak berdaftar secara sah.

Hal ini akan merisikokan keselamatan anak mereka kerana tadika dan taska itu mungkin ketiadaan latihan dan kemahiran kakitangan seperti diwajibkan oleh kerajaan.

Isu ini yang dikatakan sebagai dilema kenaikan gaji minimum seperti yang ditegaskan oleh Naib Presiden BERJASA, Ir Ts Lukman Al Hakim sebelum ini.

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post
cukai gst

Mengapa Kerajaan Tidak Mahu Laksanakan Cukai GST?

Next Post
pertanian

Mat Sabu Dakwa Anak Muda Tidak Minat Ceburi Pertanian, Benarkah Dakwaan Itu?

Related Posts