Serangan Ke Atas Yaman Bukti Kuasa Barat hipokrit Melawan Keganasan

Berita Al-Jazeera telah melaporkan pada hari ini tentang serangan ganas yang dilakukan oleh negara UK dan AS terhadap Yaman yang menyasarkan tentera Houthi. Serangan yang mendapat sokongan negara lain seperti Belanda, Australia, Kanada dan Bahrain dibuat atas alasan kononnya bagi melindungi laluan perdagangan di Laut Merah daripada serangan tentera Houthi.

Dikala negara Arab lain tidak menggunakan peluang untuk memanfaatkan penutupan Laut Merah daripada dimasuki oleh kapal perdagangan yang ingin menuju ke Israel, Yaman telah bertindak berani melakukan tindakan yang mengejutkan dengan mengancam untuk mengancam mana-mana kapal laut yang membawa muatan kargo milik Israel atau sekutunya.

Serangan kali ini daripada Houthi juga memberikan kejutan kepada Naib Laksamana Brad Cooper yang berperanan sebagai ketua operasi ketenteraan laut AS di Timur Tengah yang mengatakan ini kali pertama Houthi menggunakan dron kapal yang dinamakan sebagai unmanned surface vessel (USV) untuk serangan kali ini.

Menariknya AS pernah mengajukan laporan kepada Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk mengambil tindakan segera terhadap Houthi atas sebab melancarkan serangan terhadap kapal kargo laut di Laut Merah sedangkan AS selama ini paling kerap menggunakan kuasa vetonya dalam Majlis Keselamatan PBB untuk menghalang segala usul yang tidak memihak kepada Israel. Tindakan ini jelas menampakkan bahawa AS bersikap berat sebelah sahaja dan bukannya pembawa keadilan kepada politik antarabangsa walaupun mereka menggelarkan diri mereka sebagai ‘polis dunia’.

Dahulu UK dikenali dengan Pax Britannica dan kini AS pula berbangga dengan Pax Americana mereka yang memberikan mereka kuasa untuk mencampuri urusan rantau luar namun mereka hanya berperanan sebagai pembawa masalah semata-mata. Lihat apa yang terjadi di Afghanistan dan Iraq setelah mereka menarik keluar tentera mereka di sana, kedua-dua negara tersebut masih lagi bergelut untuk mencapai kestabilan politik.

Akhirnya kini, mereka cuba melakukan tindakan yang sama kepada Yaman dengan misi untuk melawan keganasan yang ada di sana. Ironinya, itu adalah alasan yang sama apabila mereka menyerang negara-negara lain tetapi masalah itu tetap tidak selesai.

Walaupun sukar dan agak tidak masuk akal untuk melontarkan hujah ini atas sebab kuatnya pengaruh Yahudi dalam politik AS namun seeloknya AS menggunakan peranannya dalam Majlis Keselamatan PBB untuk menggesa Israel berhenti secara total dalam serangan ke atas Palestin. Tindakan yang dibuat oleh Houthi ini tidak akan berlaku jika keganasan di Palestin tidak berterusan.

Sama juga dengan UK yang dilihat dalam cabaran untuk menyertai misi serangan terhadap Yaman ini kerana terpaksa melepas dua buah kapal Type 23 friget milik Tentera Laut British iaitu HMS Argyll dan HMS Westminster akibat kekurangan tentera laut untuk mengendalikan dua buah kapal tersebut.

Ini satu tamparan yang kuat kepada Tentera Laut British dalam usaha memperbanyakkan lagi kapal perang untuk beroperasi bagi mempertahankan kepentingan negara itu di Laut Merah. Tindakan ini juga boleh menjadi signal kepada UK untuk menarik semula operasi ketenteraan di Laut Merah akibat kekangan asetnya dan mengambil jalan perdamaian di PBB.

Imej Presiden AS, Joe Biden dan Perdana Menteri UK, Rishi Sunak juga akan terjejas memandangkan masing-masing akan berhadapan dengan pilihan raya pada 2024 dan 2025. Jika mereka gagal mengatasi konflik di Palestin ini dalam masa terdekat, masyarakat dunia akan dapat melihat dua sosok pengganas yang sebenar bertanding di atas tiket demokrasi.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi BERJASA atau Gelombang BERJASA.

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Tuduhan Rasuah YDPA Satu fitnah jahat oleh kerajaan

Next Post

Adakah zahid hamidi mencadangkan malaysia menjadi sebuah negara diktaktor?

Related Posts