Warga Asing Makin ‘Bermaharajalela’ Di Cameron Highlands

CAMERON HIGHLANDS – Titah Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang menzahirkan dukacita kerana tanah di negeri itu khususnya di Cameron Highlands ‘dijajah’ warga asing menandakan mereka sudah ‘bermaharajalela’ di sana. Warga asing ini didapati memajak dan ada pun yang menceroboh tanah rizab kerajaan untuk menjalankan sektor penanaman sayur-sayuran di Cameron Highlands.

Kerajaan negeri Pahang sepatutnya melihat isu ini secara serius memandangkan bekalan sayur-sayuran termasuk dalam barang keperluan rakyat. Sepatutnya barang keperluan rakyat ini dikuasai oleh orang tempatan kerana khuatir berlakunya unsur sabotaj yang didalangi oleh orang asing.

Kerisauan ini ada wajarnya setelah didapati juga warga asing dikesan mengambil alih peranan sebagai “tauke” mengawal bekalan dan harga produk industri pertanian serta menwujudkan kartel hingga merosakkan ekonomi negara.

Di kala Malaysia berhadapan dengan krisis sekuriti makanan yang hampir kritikal, kini pihak kerajaan seakan cuba memandang ringan isu ini.

Dalam pada itu, alasan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanah Rata, Ho Chi Yang menjelaskan aktiviti pertanian oleh warga asing dilakukan dikawasan terpencil dan sukar dikesan sepatutnya menjadi ‘wake up call‘ untuk kerajaan negeri Pahang dan pihak berkuasa melakukan operasi secara besar-besaran dalam membanteras aktiviti haram ini.

Berikan hak penguasaan penuh kepada petani tempatan untuk menguruskan kebun sayur di Cameron Highlands. Selain daripada risau akan pengukuhan kartel warga asing ini, kita cakna dengan kelestarian alam sekitar di sana kerana warga asing ini meneroka tanah tanpa mengambil kira kesesuaian landskap tanah tersebut.

Beberapa tragedi tanah runtuh di tanah tinggi tersebut ada yang berpunca daripada pembukaan kebun sayur oleh warga asing di lereng bukit yang akhirnya merosakkan landskap tanah di kawasan tersebut.

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Pembunuhan Ismail Haniyeh Bukti Sikap Pengecut Zionis

Next Post

Platform Media Sosial Meta Cuba Bermain Api Dengan Malaysia Yang Bersolidariti Terhadap palestin

Related Posts