Tanah Runtuh: Bahana Tanah Diteroka Secara Haram

CAMERON HIGHLANDS: Kejadian tanah runtuh di Cameron Highlands yang berlaku baru-baru ini di bukanlah kali pertama berlaku. Jika ditelusuri semula beberapa kejadian yang lepas, peristiwa yang hampir sama berlaku dan memakan korban yang begitu ramai.

Apabila dilihat puncanya, kawasan tanah runtuh itu dikenal pasti sebagai kawasan yang diteroka secara haram sama ada dijadikan sebagai kawasan kebun ataupun pusat rekreasi. Isu penerokaan tanah secara haram ini menandakan bahawa aktiviti pencerobohan tanah di Cameron Highlands sudah berada di tahap yang parah dan kritikal seakan langsung tiada penguatkuasaan di sana.

Seperti yang diterangkan oleh Pegawai Daerah, Syed Ahmad Khirulanwar Al-Yahya Syed Abdul Rahman, kejadian tanah runtuh yang berlaku di Blue Valley itu merupakan kebun haram yang diteroka oleh warga tempatan. Tambah beliau, permohonan daripada peneroka itu pernah dikemukakan kepada Jabatan Perhutanan Negeri Pahang namun tidak diluluskan atas faktor risiko cerun yang bahaya.

Tindakan yang diambil oleh Jabatan Perhutanan Negeri Pahang wajar diberikan kepujian namun lebih elok lagi jika pemantauan terus dibuat kerana memang wujud peneroka yang degil untuk meneruskan tindakan penerokaan tanah secara haram tanpa menghiraukan tindakan yang akan dikenakan daripada pihak penguat kuasa.

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

P-Hailing: Tetap Atau Sambilan?

Next Post

Sejauhmanakah Keberkesanan Suruhanjaya Gig Ekonomi Malaysia?

Related Posts