Lulus Sumbangan Lebih Besar Untuk Hamas, Palestin

SHAH ALAM – Kerajaan didesak untuk menyalurkan sumbangan lebih besar kepada Hamas dan Palestin yang kini berada dalam situasi perang dengan Israel.

Demikian saranan Ketua Cawangan BERJASA Sungai Kandis, Ahmad Fahmi Hanapiah yang mengesa saluran perlu terus diberikan langsung kepada Hamas.

“Kita juga perlu lebih agresif mempengaruhi negara-negara lslạm dan badan antarabangsa supaya menyertai gerakan pembebasan Palestin melalui rundingan, sekatan ekonomi dan bantuan ketenteraan.

“Kerajaan mesti membenarkan apa jua sokongan dan solidariti terhadap kempen perjuangan pembebasan Palestin oleh rakyat Malaysia atau institusi kerajaan mahupun swasta.

“Kita perlu mengerakkan pengupayaan penuh semua kuasa nasional dalam menyokong pembebasan negara Palestin dalam mempertahankan tanah air umat Islam”, ujar beliau.

Amerika Syarikat (AS) sebelum ini telah membentangkan satu rang undang-undang yang dinamakan sebagai Rang Undang-Undang Pencegahan Pembiayaan Antarabangsa Hamas bagi menekan Hamas yang kini sedang berjuang menentang penjajahan rejim Zionis di Gaza.

Melalui RUU itu, AS ingin menetapkan sekatan ekonomi kepada mana-mana negara yang menyalurkan bantuan kepada Hamas yang diklasifikasikan oleh AS sebagai pengganas.

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Parti BERJASA sedia mengangkat perjuangan GSPP di Arena Politik Tanah Air

Next Post

Sewajarnya Haramkan Sahaja Konsert Coldplay

Related Posts