SHAH ALAM – Susulan penganjuran program Wacana Impian Nasional: Wanita, Palestin & Impian Kita di Dewan Serbaguna PPAS, Shah Alam semalam, Wanita BERJASA komited untuk meneruskan lagi beberapa langkah dan inisiatif dalam memperjuangkan lagi isu Palestin kepada rakyat Malaysia.
Ketua Wanita BERJASA, Dr. Fadilah Ashari ketika ditemui selepas program wacana anjuran Wanita BERJASA itu berkata, Wanita BERJASA akan lebih banyak lagi program yang direncana bertemakan perjuangan Palestin.
“Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi program Wacana Impian Nasional: Wanita, Palestin & Impian Kita berjaya dilangsungkan dengan lancarnya. Sambutan yang diterima daripada para peserta amat menggalakkan dan masing-masing terutamanya ahli Wanita BERJASA memberikan kerjasama yang baik untuk menjayakan program ini”.
“Wanita BERJASA sentiasa konsisten dalam mengangkat isu konflik Palestin sejak bermulanya Taufan Al-Aqsa lagi awal Oktober lepas. Sebelum ini juga kami telah mengadakan program Cuti-Cuti Anak Watan yang menghimpunkan golongan kanak-kanak dalam usaha untuk mendekatkan mereka dengan nasib yang menimpa saudara mereka di sana”, kata beliau.