Jihad perundangan Syariah Masih Panjang

PUTRAJAYA – Naib Presiden BERJASA, Ir Ts Lukman Al Hakim pada hari semalam telah hadir ke Himpunan Selamatkan Syariah di hadapan Istana Kehakiman Putrajaya sebagai menunjukkan sokongan tidak berbelah bahagi kepada usaha melindungi serta memartabatkan undang-undang Islam di Malaysia. Beliau melihat terdapat banyak kelompongan yang terdapat dalam sistem perundangan kita sehingga syariat Islam di Islam mudah dicabar oleh mana-mana pihak.

Tambah beliau, usaha memartabatkan undang-undang Islam di Malaysia merupakan satu usaha jangkamasa panjang yang tidak mudah kerana kerangka perlembagaan sedia ada masih berasaskan undang-undang Barat. Walaupun agama Islam diiktiraf sebagai agama persekutuan, namun bidang kuasa mahkamah syariah yang diperuntukkan dalam Perkara 121 (1A) Perlembagaan Persekutuan dan Akta Mahkamah Syariah 1965 (Pindaan 1984) sebenarnya amat terhad.

“Malangnya, sisa-sisa bidang kuasa yang amat kecil inilah yang cuba dicabul oleh individu yang amat membenci Islam dalam kes Iki Putra dan yang terkini Nik Elin (sedang berlangsung ketika himpunan ini) dengan didokong pelbagai entiti liberal termasuk Sister In Islam“, tegas beliau.

Jelas beliau, Nik Elin Zurina memohon Mahkamah Persekutuan mengistiharkan supaya 20 seksyen Mahkamah Syariah dalam Enakmen Kanun Jenayah Syariah (I) Kelantan terbatal dan tidak sah. Ini termasuklah peruntukan berkaitan memusnahkan tempat ibadah, jenayah liwat serta pelbagai kesalahan seksual yang lain.

Jika Nik Elin Zurina menang, semua Enakmen Kanun Jenayah Syariah negeri-negeri lain akan mengalami nasib yang sama mengakibatkan runtuhnya kuasa Mahkamah Syariah secara total di negara kita.

“Setiap pihak perlu memainkan peranan yang produktif mengikut kepasiti masing-masing. Kami menggesa semua ahli parlimen Melayu beragama Islam untuk bersepakat menggubal Perlembagaan Persekutuan dan akta-akta berkaitan bagi melindungi dan memperkukuhkan mahkamah syariah di Malaysia”.

“Ini termasuklah menggubal Perkara 160(2) Perlembagaan Persekutuan dan Akta Undang-Undang Sivil 1956 yang mengikat undang-undang negara kepada England Common Law yang merupakan tinggalan penjajah”, ujar beliau lagi.

Terdahulu, perhimpunan yang diadakan pagi semalam bagi membantah tindakan dua individu yang mencabar 20 peruntukan dalam Enakmen Kanun Jenayah Syariah (I) Kelantan 2019.

Orang ramai dilihat mula berkumpul di perkarangan Tuanku Mizan Zainal Abidin Masjid sejak jam 7 pagi lagi sebelum mereka bergerak ke perkarangan Istana Kehakiman.

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Hampir 1,000 Orang Berhimpun Di istana Kehakiman

Next Post

Wartawan, Jurnalis Wanita Korban Ganas Zionis

Related Posts