Gaji Minimum Naik Maka Bersedia Juga Untuk Harga Barang Naik

gaji minimum

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam pembentangan Belanjawan 2025 sebentar tadi telah mengumumkan kenaikan gaji minimum daripada RM1,500 kepada RM1,700 bermula Februari 2025.

Pengumuman kenaikan gaji minimum ini dibuat atas dasar komitmen awal kerajaan sebelum melaksanakan Dasar Gaji Progresif secara sepenuhnya pada tahun hadapan.

Kerajaan menyatakan persetujuan syarat kenaikan gaji minimum baharu ini akan ditangguhkan kepada majikan atau syarikat yang mempunyai kurang daripada lima orang pekerja bagi tempoh enam bulan iaitu berkuat kuasa pada 1 Ogos 2025.

Pengumuman kenaikan ini pasti akan menggembirakan rakyat namun wajar untuk diketahui bahawa ini juga akan diikuti dengan kenaikan harga barang ataupun kata lainnya kos sara hidup juga akan meningkat.

Harga Barang Naik Kerana Kenaikan Gaji Minimum

Gaji pekerja boleh ditakrifkan sebagai kos operasi ataupun kos overhed yang perlu ditanggung oleh pihak majikan mana-mana syarikat sekalipun.

Apabila kos operasi ini naik dalam perbelanjaan syarikat maka kenaikan kos ini akan dipindahkan kepada pelanggan akhir dengan menaikkan harga barang ataupun perkhidmatan yang dijual di pasaran.

Hal ini boleh dikenali sebagai “kos tolakan inflasi” (cost-push inflation) yang mana perniagaan akan bertindak balas dengan menaikkan harga produk atau perkhidmatan mereka.

Dalam usaha mengimbangi peningkatan kos, perniagaan mungkin tiada pilihan selain menaikkan harga barang dan perkhidmatan bagi mengekalkan margin keuntungan yang sama atau mengelakkan kerugian.

Jika pengguna fikirkan hanya pengguna akhir sahaja iaitu pembeli akan merasasi peningkatan kos ini, jawapannya adalah salah kerana peniaga juga akan merasai kenaikan harga ini apabila pembekal bahan mentah menaikkan harga barang mereka bagi menampung gaji pekerja mereka yang meningkat.

Keadaan ini akan menyebabkan inflasi berlaku apabila bekalan akan melebihi permintaan dan inflasi ini akan menyebabkan pekerja mungkin meminta kenaikan gaji lagi untuk menampung kos sara hidup yang lebih tinggi.

Keadaan ini boleh menyebabkan pusingan kenaikan harga dan gaji berulang (wage – price spiral) maka ia akan terus berpusing tanpa ada penyelesaiannya.

Oleh hal yang demikian, persoalan yang perlu dijawab oleh semua rakyat Malaysia adalah adakah kita semua sudah bersedia untuk menghadapi kenaikan kos sara hidup pada tahun hadapan?

Sebolehnya rakyat Malaysia tidak mahu berhadapan dengan masalah ini selepas sudah penat melaungkan kerajaan sentiasa gagal menangani kenaikan kos sara hidup.

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post
deepavali di malaysia

Menjelang Deepavali Di Malaysia, Harga Rempah Ratus Dijangka Meningkat

Next Post
warga china

Warga China Biadab Basuh Motorsikal Guna Bendera Malaysia

Related Posts