Wajar Naikkan Elaun Guru KAFA, Setara Gaji Minimum

KAPAR – Kerajaan wajar mempertimbangkan untuk menaikkan elaun guru KAFA dengan nilai yang setara seperti gaji minimum. Kenaikan itu wajar dibuat bagi memastikan kebajikan guru KAFA terus terjamin.

Jawatankuasa BERJASA Hulu Langat, Aimi Syazwani berkata elaun yang diterima oleh guru-guru KAFA kini amat kecil jumlahnya dan tidak berbaloi seiring dengan kos sara hidup semasa. Kenaikan kos sara hidup yang semakin meruncing ini semestinya membebankan rakyat yang bependapatan rendah seperti guru-guru KAFA ini.

Beliau berkata, cadangan kenaikan elaun guru KAFA ini daripada RM1,100 kepada RM1,500 adalah amat wajar memandangkan mereka juga adalah golongan pendidik seperti guru-guru yang lain.

“Elaun yang diterima kini dibawa paras gaji minimum dan kenaikan perlu untuk kelangsungan hidup terutama di kawasan bandar. Bayangkan dengan gaji kini sebanyak RM1,100 yang diterima oleh mereka untuk hidup di bandar, adakah ia sudah cukup untuk mereka? Lagipun kadar kenaikan kos sara hidup kini semakin meruncing dan begitu menekan rakyat”.

“Kita perjuangkan isu ini kerana kerjaya guru KAFA merupakan kerjaya yang profesional dan harus menerima gaji yang setara dan bermaruah. Gaji yang diberikan perlu disemak kembali bagi menghargai sumbangan mereka dalam dunia pendidikan”, tegas beliau.

Terdahulu, Menteri Ekonomi Rafizi Ramli pada minggu lalu, Rafizi membentangkan Kertas Putih Cadangan Dasar Gaji Progresif, dalam usaha memastikan pekerja mendapat gaji lebih tinggi seiring peningkatan produktiviti.

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Maqlubah aqsa: inisiatif Kreatif BERJASA Kapar bersolidariti untuk palestin

Next Post

BERJASA Johor Tolak cadangan buka kedutaan israel di malaysia

Related Posts