Selepas negara kita mengalami krisis kekurangan bekalan telur yang masih belum selesai sehingga kini, krisis kekurangan bekalan gula pula menghantui negara kita.
Sejak awal bulan ini, kekurangan bekalan gula dilaporkan berlaku di beberapa negeri termasuk Kelantan, Pulau Pinang, Kedah dan Pahang.
Isu yang berlarutan ini seakan menampakkan kerajaan telah hilang idea untuk menyelesaikan masalah yang melibatkan sekuriti bekalan makanan.
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata pada bulan Mac 2023 bahawa bekalan telur akan diselesaikan secara beransur dan kembali pulih pada hujung tahun ini.
Ia memakan masa yang lama sedangkan negara kita merupakan pengeluar telur.
Sekarang isu gula yang tiba menghimpit rakyat.
Kerajaan pula mengambil jalan mudah dengan meluluskan permohonan dua syarikat pengeluar gula tempatan untuk menjual gula putih bertapis jernih, berkuat kuasa hari semalam.
Ini bermakna harga gula tersebut akan ditentukan oleh pasaran dan memandangkan ramai yang mencari bekalan gula di kelima-lima negeri yang disebutkan di atas, harga gula tersebut berpotensi naik dan mahal.
Apakah solusi jangka panjang oleh kerajaan untuk isu ini?
Seharusnya kerajaan memandang serius isu ini bagi memulihkan kembali kedaulatan makanan negara kita.
Pena
Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Gelombang BERJASA atau parti BERJASA