Vape Murid Sekolah: Kerajaan Masih ‘Takut’ Keluarkan Larangan?

larangan vape

Hampir 20,000 murid sekolah telah dilaporkan terjebak dengan penggunaan vape atau rokok elektronik tahun lalu. Data ini diperoleh melalui rekod statistik SSDM atau Sistem Sahsiah Diri Murid yang mana memperlihatkan peningkatan trend penggunaan vape dalam kalangan murid sekolah.

Masalah ini juga dikatakan telah diambil jalan penyelesaian yakni melalui garis panduan dan surat siaran yang dikeluarkan oleh pihak sekolah dan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) kepada murid-murid yang terlibat. Namun begitu, pendirian kerajaan yang masih belum ‘berani’ mengeluarkan larangan vape secara menyeluruh adalah suatu yang perlu dipersoalkan.

Kerajaan masih berkira-kira haramkan vape

Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin, Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri dilaporkan juga oleh media tempatan secara selamba menyatakan kesukaran bagi kerajaan untuk membuat keputusan drastik mengharamkan vape.

Telah tercatat kes semasa bahkan setiap tahun membabitkan generasi muda yang mengalami kesan kritikal setelah menggunakan rokok elektronik tersebut. Umum diketahui negara jiran seperti Singapura, Vietnam, dan juga Thailand telah pun melakukan pengharaman vape secara total tetapi sebaliknya berlaku pada Malaysia.

Ketua Wanita Berjasa, Dr Fadilah Ashari berpandangan pendirian kerajaan ketika ini sangat menunjukkan betapa ‘lemahnya’ kerajaan dalam memutuskan sebarang dasar dengan bijaksana. Manakan tidak, vape sudah terbukti sekian lama sebagai sesuatu yang memudaratkan kesihatan tidak kira latar belakang dan lapisan umur sekalipun tetapi kerajaan masih berkira-kira untuk melakukan pengharaman vape secara menyeluruh.

Kebimbangan mendalam terhadap kesan negatif telah disuarakan ramai pihak kerana hakikatnya ia memberi impak besar kepada kesihatan generasi muda jika masalah ini tidak dibendung dengan segera.

Akses Jualan vape: Akar masalah ini Sepatutnya menjadi perhatian kerajaan

Alasan dan justifikasi kerajaan bagi memutuskan tidak melakukan pengharaman secara menyeluruh barangkali disebabkan perhatian dan prioriti terhadap kepentingan industri vape khususnya survival syarikat-syarikat itu melebihi kesihatan awam dan rakyat.

Ini terbukti melalui kenyataan KKM sebelum ini mengenai pengguguran dasar generasi penamat (GEG) yang memperlihatkan wujudnya lobi yang kuat dari industri tembakau dan vape sehingga berlaku pertindihan pandangan antara kerajaan, ahli Dewan Rakyat dan pemain-pemain industri vape.

Walaupun KPM pernah menyatakan pendirian untuk melakukan kempen besar-besaran mengenai isu vape kepada murid-murid sekolah, ini sesekali tidak menjamin keberhasilan terhapusnya budaya vape dalam kalangan mereka kerana akses kepada penjualan vape masih lagi ‘dibenarkan’ berleluasa malah tidak dipantau secara teliti dan meluas.

Justeru itu, Wanita BERJASA menyeru pihak kerajaan mengambil tindakan serius, tegas dan berani kerana tidak sepatutnya ada toleransi dalam isu membabitkan kesihatan rakyat. Hal ini akhirnya akan menjejaskan pelbagai aspek penting dalam negara seperti prestasi pendidikan negara, persekitaran yang selesa, produktiviti sumber manusia dan potensi pembangunan negara.

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post
gelongsor kaca

Gelongsor Kaca I-City: Tiada Kelulusan Dari Awal?

Next Post
DAP BIADAB

DAPSY Biadab, Usaha JAKIM Mengeluarkan Garis Panduan Untuk Umat Islam Dipersoalkan?

Related Posts