adakah PM Sedang Bantu Usaha ‘Halau’ Rakyat Gaza?

SHAH ALAM – Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution pada sidang Parlimen pada hari ini bahawa Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sedang mengusahakan pemindahan 2 juta rakyat Palestin di Gaza akibat dikepung oleh tentera Zionis Israel. Beliau menegaskan keputusan itu dibuat hasil pertemuan dengan beberapa pemimpin negara Arab termasuk Presiden Mesir, Abdel Fattah El-Sisi baru-baru ini.

Ketua Penerangan BERJASA, Mohd Hamdan Mohd Sharif berkata perancangan membawa keluar dua juta rakyat Palestin daripada Gaza ini merupakan satu tindakan yang tidak boleh diterima sama sekali. Hal ini demikian kerana tindakan sedemikian seakan memudahkan perancangan Israel untuk mengusir rakyat Palestin keluar daripada Gaza agar pihak Israel dapat menjajah dan menduduki daerah Gaza secara total.

“Isu ini saya lihat kerajaan perlu bersikap sensitif kerana pihak Israel sememangnya menginginkan pengusiran rakyat Palestin daripada Gaza dibuat bagi memudahkan mereka untuk menjajah bumi Gaza. Namun hari ini amat mengejutkan sekali apabila pihak kerajaan sendiri seakan menyokong perancangan itu dan dibangkitkan di Parlimen.”

“Adakah kerajaan tidak tahu bahawa Israel amat menginginkan daerah Gaza sehingga melobi beberapa negara Eropah untuk menekan Mesir agar menerima rakyat Palestin untuk dipindahkan ke Semenanjung Sinai. Tindakan pengusiran ini tidak boleh diterima kerana itu adalah tanah mereka yang berdaulat maka atas sebab apa mereka perlu berpindah keluar daripada negara sendiri”, tegas beliau.

Beliau berpendapat juga bahawa negara-negara Islam melalui Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) termasuk Malaysia perlu bersatu-padu dalam mendesak komuniti dunia untuk mempertahankan kedaulatan Palestin daripada penjajah Zionis. Memindahkan rakyat Palestin keluar bukannya penyelesaian yang bijak kerana ia akan menghilangkan kesucian dan kedaulatan negara Palestin.

Terdahulu, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution pada hari ini di dalam sidang Parlimen telah membangkitkan perancangan Perdana Menteri untuk memindahkan dua juta rakyat Palestin daripada Gaza.

Setakat ini, pertempuran antara pejuang Palestin dengan tentera Israel masih berlangsung dan terdapat beberapa pertempuran antara kedua pihak di kawasan sempadan Gaza.

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Israel Janji Hapuskan Hutang Mesir Jika Terima Rakyat Gaza Tinggal Di Semenanjung Sinai

Next Post

Agenda Pindah Keluar Penduduk Gaza Adalah Agenda Zionis

Related Posts