DAPsy dengan sifat Islamofobianya berpisah tiada, kali ini membantah usaha baik JAKIM
secara terbuka. Ketuanya saudara Woo Kah Leong merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri
(ADUN) Pasir Bedamar, melabel garis panduan untuk Muslim menghadiri majlis bukan
Muslim yang ingin dikeluarkan JAKIM sebagai menyusahkan dan hanya akan merenggangkan
lagi hubungan kaum di Malaysia walaupun ianya dijamin oleh kerajaan melalui Menteri
di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar.
Pembantahan ini membuktikan keangkuhan DAPSY yang tidak menghormati prinsip
Islam serta Perlembagaan Persekutuan, yang dengan jelas meletakkan Islam sebagai agama
rasmi Persekutuan. DAPSY gemar mencampuri urusan Islam dan memperlekehkan usaha
kerajaan untuk memastikan batas-batas agama dipatuhi. Ini bukan kali pertama DAPSY
mempersoalkan perkara berkaitan Islam, malah mereka sering mengkritik polisi yang bertujuan
menjaga akidah dan sensitiviti umat Islam di negara ini.
Garis Panduan JAKIM Bertujuan Memelihara Prinsip Islam Dalam Bersosial.
Garis panduan yang akan dikeluarkan JAKIM bukanlah satu bentuk sekatan, sebaliknya adalah satu piawai penting untuk memudahkan umat Islam memahami apa yang boleh dan di manabatas mengikut syarak dalam menghadiri majlis orang bukan Islam. Ia tidak sesekali melarang umat Islam bersosial atau bercampur dengan mereka melalui aktiviti-aktiviti yang memupuk perpaduan.
Langkah ini juga bukan sesuatu yang baharu, kerana hukum berkaitan pergaulan antara agama telah lama ditetapkan dalam Islam. Namun, bagi mengelakkan kekeliruan antara halal dan haram, garis panduan yang lebih jelas perlu diwujudkan terutamanya apabila zaman sentiasa berubah. JAKIM hanya menjalankan tanggungjawabnya sebagai institusi Islam yang sah, dari pihak luar tidak sepatutnya campur tangan dalam urusan agama Islam di Malaysia.
Fauzi Bashir, yang merupakan Ahli Majlis Kepimpinan Tertinggi BERJASA juga berpandangan, adalah sesuatu yang tidak munasabah untuk wakil rakyat Muslim misalnya untuk melibatkan diri dalam acara bukan Muslim yang mempunyai unsur-unsur syirik seperti memanggil roh dan sebagainya.
Menyambut Usaha JAKIM Dalam Menyediakan Garis Panduan , Kecam Bantahan DAPSY.
Fauzi Bashir juga menekankan, BERJASA menyokong penuh usaha JAKIM dalam menyediakan satu panduan yang boleh dijadikan penanda aras dan ‘prosedur’ kepada umat Islam yang merupakan golongan majoriti di tanah air ini. BERJASA melihat garis panduan ini sebagai satu keperluan bagi mengelakkan umat Islam daripada terjebak dalam unsur-unsur yang boleh menjejaskan akidah mereka, terutamanya dalam suasana masyarakat yang semakin liberal dan tidak memahami batas agama.
“Dalam situasi politik terkini, sangat jelas kelihatan pemain-pemain politik saling mengambil peluang untuk menyerang antara satu sama lain. Kewujudan prosedur ini akan melenyapkan ketidakmatangan yang ada dalam kalangan mereka supaya Malaysia dapat dipimpin lebih baik. Atas dasar itu, BERJASA mengharapkan Ahli Parlimen Muslim bangkit dan bersama bersetuju, menyokong penuh usaha kerajaan meletakkan garis panduan. Saya juga berharap lebih ramai perwakilan dari mana-mana parti yang tampil mempertahankan usaha ini”, katanya lagi.
BERJASA juga melahirkan rasa kesal terhadap perbezaan pendapat yang wujud dalam kalangan wakil rakyat Muslim khususnya tentang perkara ini malah mengecam secara keras sikap biadab dan angkuh DAPSY yang sentiasa mencari ruang untuk mencabar Islam. BERJASA menegaskan bahawa DAPSY tiada hak untuk campur tangan dalam hal ehwal Islam, dan mana-mana pihak yang cuba menolak usaha menjaga akidah umat Islam perlu ditentang habis-habisan.
“Namun sayangnya, menerusi kenyataan media bersama Kementerian Perpaduan Negara hari ini, autoriti agama Islam kelihatan semakin rendah kerana JAKIM tidak lagi ‘berkuasa’ membentuk dasar. Hanya sekadar ‘nasihat’ yang dibenarkan, “tambahnya lagi.