Gelongsor Kaca I-City: Tiada Kelulusan Dari Awal?

gelongsor kaca

Tarikan terbaru di Taman Tema I-City iaitu gelongsor air kaca yang begitu tular di media sosial ketika ini didapati tidak pernah mendapat kelulusan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) untuk beroperasi.

Permainan tersebut semakin menjadi bualan orang ramai kerana wujudnya insiden terbaru di mana insiden pelampung gelongsor air kaca setinggi 60meter dan sepanjang 600m terjatuh dan menimpa seorang wanita berusia sekitar 20an sehingga beliau cedera ringan.

Ahli Parlimen Shah Alam, Azli Yusof juga menzahirkan kebimbangan mengenai keselamatan permainan tersebut susulan video tular kemalangan yang berlaku baru-baru ini. Beliau juga mempersoalkan sama ada syarikat tersebut telah mendapat kelulusan daripada Jabatan Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan (JKKP).

Ketua Bahagian Korporat dan Perhubungan Awam MBSA, Mohd Azhar Mohd Sharif juga melaporkan notis henti kerja dan kompaun telah dikeluarkan sebelum ini kepada syarikat terbabit untuk menghentikan projek pembinaan tersebut tetapi ianya tidak dipatuhi.

Tahap keselamatan permainan di taman tema dipandang mudah?

Walaupun penguatkuasaan dan pemantauan tetap dijalankan, sepertinya segelintir syarikat masih berdegil untuk mengikuti undang-undang dan dengan berani meneruskan projek yang berisiko semata-mata ingin meraih keuntungan segera dan singkat. Syarikat sebegini perlu diberi amaran supaya tidak menatijahkan kemudaratan dan bahaya yang besar kepada orang ramai.

Hal ini amat mencetuskan kebimbangan orang awam kerana permainan sebegini kebanyakannya bukan sekadar ekstrem tetapi tidak memperoleh pengesahan keselamatan yang jelas dari pihak berkuasa. Keadaan ini perlu dilayan dan dianggap serius serta tindakan yang tegas perlu dikenakan terhadap syarikat-syarikat itu.                                                                                                       

Masyarakat juga perlu membudayakan sifat prihatin dan cakna terhadap tahap keselamatan permainan sebegini seperti menyiasat terlebih dahulu dengan pihak berkuasa sebelum terus menggunakannya. Hal ini bagi mengelakkan terjadinya kelemahan dalam pematuhan peraturan dan pengawasan yang lemah terutamanya ketika ianya beroperasi dan melibatkan ramai pengguna.

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post
kilang beras bumiputera

Kartel Punca Kilang Beras Bumiputera Terbesar Di Perlis ‘Bungkus’?

Next Post
larangan vape

Vape Murid Sekolah: Kerajaan Masih ‘Takut’ Keluarkan Larangan?

Related Posts