Jangan Cemari Ramadhan Dengan Festival Gay – Fahmi Bazlan

Ketua Pemuda BERJASA, Fahmi Bazlan

Puchong – Ketua Pemuda BERJASA, Fahmi Bazlan membantah sekeras-kerasnya penganjuran Privacy Club Tun Razak yang menampilkan lelaki berpakaian perempuan pada bulan ini.

Sepatutnya penganjur bersikap lebih sensitif terhadap umat Islam memandangkan penganjuran festival tersebut diadakan pada bulan yang mulia iaitu bulan Ramadhan.

Tegas beliau, tidak kira apa alasan sekalipun festival ini perlu dibatalkan penganjurannya kerana bertentangan dengan norma masyarakat yang waras.

“Penganjur mungkin boleh memberikan alasan apa sekalipun dengan alasan program ini diadakan secara tertutup dan dibuka penyertaan untuk orang bukan Islam namun saya tegas dengan pendirian bahawa program atau festival perlu dibatalkan”.

“Mengapa perlu pilih bulan Ramadhan untuk penganjuran festival ini? Tiada langsung sensitiviti terhadap orang Islam”.

“Festival sebegini akan membawa sentimen yang boleh menjejaskan imej negara Malaysia sebagai sebuah negara Islam yang maju dan bertamadun”, tegas beliau.

Justeru, beliau menyeru pihak kerajaan dan pihak berkuasa yang terlibat mengambil tindakan tegas kepada penganjur festival ini bagi mengelakkan kesan yang negatif terus berleluasa kepada masyarakat.

Malahan, umat Islam dan seluruh rakyat Malaysia juga perlu turut serta mengambil sikap tanggungjawab dengan membantah tindakan penganjur.

Terdahulu, tular di media sosial beberapa gambar poster yang memaparkan Grand Opening of Privacy Club Tun Razak pada 30 Mac 2023.

Festival itu akan memaparkan beberapa figura lelaki yang berpakaian wanita dikenali Thai Hot Guy.

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post
Ketua Pemudi BERJASA, Azliza Rajiain

Utamakan Isu Kebajikan Demi Pembangunan Murid – Azliza Rajiain

Next Post
Naib Presiden BERJASA, Ir Ts Lukman Hakim

Mansuh Skim Rumah Pertamaku : Apa Nasib B40?

Related Posts