jangan Ada Campur Tangan Politik Dalam Pandangan JAKIM

Rembau – Palestin saat ini terus dibedil tanpa henti oleh rejim Israil dengan bantuan Amerika Syarikat, umat Islam dan masyarakat di seluruh dunia bersedih dan bangkit menuntut keadilan. Jumlah korban kini hampir mencecah 50,000 jiwa termasuk wanita, kanak-kanak dan warga emas dan kekejaman ini masih berterusan sehingga kini.

Dalam suasana ini, Jawatankuasa Fatwa Kesatuan Ulama Muslimin Sedunia telah mengeluarkan satu fatwa penting yang menggariskan tanggungjawab umat Islam antaranya:

1.Wajib melaksanakan jihad harta, iaitu menyumbang kekayaan untuk membebaskan rakyat Palestin dari penindasan.

    2. Wajib bagi umat Islam di seluruh dunia untuk berjihad menentang kezaliman Zionis.

          3. Wajib bagi negara-negara Islam untuk campur tangan secara ketenteraan demi menyelamatkan saudara seagama di Gaza.

          4. Wajib untuk mengkaji semula perjanjian-perjanjian yang telah dimeterai oleh negara Islam dengan Israel.

          Presiden BERJASA, Ustaz Zamani Ibrahim menyatakan JAKIM dalam kenyataannya baru-baru ini memaklumkan bahawa pihaknya akan meneliti terlebih dahulu fatwa tersebut sebelum mengeluarkan pandangan rasmi, dengan mengambil kira kepentingan negara.

          1. JAKIM Jangan Bertindak Bersendirian

          Sebagai institusi agama tertinggi di Malaysia, JAKIM diingatkan agar tidak menilai fatwa tersebut secara bersendirian, atau tanpa merujuk kepada badan ulama sedunia yang berautoriti. Lebih penting, pandangan yang dibentuk tidak wajar disandarkan kepada pertimbangan politik, tetapi mesti berpaksikan ilmu dan kepakaran syariah.

          2. JAKIM Jangan Dibayangi Ketakutan Terhadap DAP

          JAKIM juga diingatkan agar tidak dibayangi oleh ketakutan terhadap DAP, parti yang kini memiliki dominasi 40 kerusi Parlimen. Kebimbangan timbul bahawa sebarang pendirian tegas terhadap Israel atau selari dengan fatwa ulama sedunia boleh ditentang DAP, seterusnya menjejaskan kestabilan kerajaan. Namun, JAKIM tidak boleh menjadikan ini sebagai alasan atau sandaran dalam membuat keputusan keagamaan. Amanah syarie mesti mengatasi tekanan politik.

          3. Jangan Kekang Kebebasan Kepakaran Dalam Negara

          JAKIM juga tidak boleh menyekat atau menyempitkan ruang kepakaran dalam negara untuk menyuarakan pandangan berkaitan fatwa ini. Para ilmuwan Islam, mufti dan cendekiawan syariah perlu diberikan kebebasan untuk bersuara, mengemukakan hujah, dan menjelaskan kedudukan syarak dengan bebas tanpa tekanan mana-mana pihak.

          4. JAKIM Perlu Panggil Ulama-Ulama Dunia dan Mufti-Mufti Tempatan Untuk Perbincangan Bebas

          Akhir sekali, JAKIM digesa untuk mengadakan sidang perbincangan bersama ulama-ulama besar dunia yang terlibat dalam penggubalan fatwa tersebut, dan mempertemukan mereka dengan mufti-mufti negeri di Malaysia. Sidang ini mesti diadakan dalam suasana ilmiah yang bebas, tidak dikawal atau dipengaruhi oleh mana-mana pemimpin politik atau parti.

          Jangan sekali-kali JAKIM bersendirian untuk menilai dan analisa untuk memberikan pandangan kerana saya bimbang JAKIM akan mengambil kira kehendak-kehendak pemimpin dan DAP dalam memberikan pandangan baru kepada tindakan yang perlu kita lakukan untuk membantu saudara kita di Palestin.

          Total
          0
          Shares
          Leave a Reply

          Your email address will not be published. Required fields are marked *

          Previous Post

          Turun mengundi, Pilih Calon Muslim Wibawa

          Next Post

          Kerajaan Tunduk TerhadapTariff AS, Di Mana Maruah Negara?

          Related Posts