Universiti Malaya Jemput Pensyarah Pro-Zionis

zionis

KUALA LUMPUR – Universiti Malaya telah mendapat kecaman yang keras daripada orang ramai selepas bertindak menjemput seorang profesor pro-Zionis dari Amerika Syarikat (AS). Profesor sains politik yang dikenali sebagai Bruce Gilley itu telah menuduh ahli politik Malaysia menyebar kebencian terhadap orang Yahudi.

Beliau sebelum ini juga pernah menimbulkan kontroversi kerana mendokong tindakan Barat menjajah negara lain namun dalam masa yang sama mengatakan Malaysia menyokong untuk berlakunya “Holocaust kedua” ataupun dikenali sebagai pembunuhan beramai-ramai terhadap orang Yahudi selepas Perang Dunia Kedua.

Untuk menyokong lagi ucapan beliau di Universiti Malaya itu, beliau membuat satu ciapan di akaun X miliknya dengan mengecam bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad di atas sebab rancaknya ideologi anti-Semitik di Malaysia.

“Ini sikap buruk lama di kalangan ahli politik Malaysia yang mengingatkan kembali kepada nasihat Mahathir supaya belajar daripada Jerman bagaimana cara menghapuskan bangsa Yahudi. Kini, penyampai berita TV menamatkan siaran dengan kata-kata ‘Dari Sungai ke Segara’ dan ‘Israel cuak’,” tulisnya di X, mengulas ucapannya mengenai dasar luar Malaysia yang disampaikan pada ceramah anjuran UM semalam.

Ciapan kenyataan beliau di X telah mendapat kecaman yang meluas daripada rakyat Malaysia. Pengarah eksekutif BERSIH dan pemangku Presiden MUDA, Amira Aisya Abdul Aziz yang masing-masing mengecam kenyataan yang tidak bertanggungjawab itu dan mempersoalkan tindakan Universiti Malaya menjemput beliau tanpa memeriksa latar belakangnya terlebih dahulu.

Memeriksa akaun X milik beliau, jelas terpampang satu foto latar belakang bendera Israel yang secara jelas menunjukkan pendirian beliau terhadap negara Zionis itu.

Pada tahun 2017, Gilley mencetuskan kemarahan selepas penerbitan makalahnya dalam jurnal Third World Quarterly, di mana beliau mempertahankan sejarah penjajahan kuasa Barat dengan mengatakan adalah keterlaluan untuk mendakwa ia merugikan negara yang dijajah.

Gilley antara lain menyeru penjajahan dikembalikan, menyifatkannya sebagai sesuatu yang mendatangkan faedah dan ada keabsahan.

Penulisannya itu ditarik balik, manakala 15 ahli sidang pengarang jurnal tersebut meletak jawatan sebagai tanda protes, dan menyelar Gilley kerana gagal memberikan bukti seperti yang diperlukan dalam penulisan akademik.

Isu ini telah mendapat perhatian Menteri Pendidikan Tinggi dan beliau mengarahkan program-program yang menampilkan penceramah warga asing ini dibatalkan segera dan siasatan hendaklah dijalankan oleh pihak universiti.

Beliau juga menekankan, meskipun institusi pengajian tinggi mempunyai autonomi sendiri, namun tidaklah mempunyai kuasa mutlak untuk memutuskan apa-apa program intelektual tanpa mengambil kira sensitiviti masyarakat tempatan.

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post
perpaduan

Gesa Baca Buku Untuk Terapkan perpaduan, Bukti Kerajaan Gagal Terapkannya Di Sekolah?

Next Post
durian raub pahang

Isu Durian Raub Pahang: Jelas, Anda Penceroboh!

Related Posts