Zionis Sudah melampaui Batas, Bersikap Keji

SHAH ALAM – Serangan terkini pihak penjajah Israel ke atas tiga buah hospital termasuk Hospital Shifa’ sewaktu petugas kesihatan melakukan pemindahan pesakit-pesakit ke sempadan Rafah untuk mendapatkan rawatan susulan merupakan satu tindakan yang keji. Alasan pihak Israel melakukan serangan sedemikian adalah kerana mereka beranggapan sedang berlakunya pemindahan pejuang Palestin di sana namun itu merupakan alasan untuk membenarkan serangan begitu dilancarkan oleh mereka.

Pihak Israel hanya melakukan pembunuhan secara beramai-ramai ataupun kata lainnya adalah genosid terancang dan ini jelas adalah satu tindakan keganasan yang melanggar segala undang-undang kemanusiaan antarabangsa. Namun sayangnya tindakan ini seakan-akan dibenarkan oleh mana-mana pemimpin dunia terutamanya di Barat. Malahan baru-baru ini kerajaan Amerika Syarikat telah meluluskan bajet yang besar untuk bantuan ketenteraan kepada Israel.

Ketua Wanita BERJASA, Dr. Fadhilah berkata Wanita BERJASA melihat pembunuhan rakyat Palestin yang kini telah mencecah 9227 orang dengan 3826 dan 2406 daripadanya wanita adalah satu bukti jelas pihak Israel adalah pengganas yang sebenar bukannay HAMAS.

“Kita wajib menggunakan segala keupayaan kita dalam membantu perjuangan ini dengan sokongan doa, wang ringgit , menyebarkan kebenaran serta menzahirkan sokongan di media sosial. Kita mengharapkan semoga ianya akan menjadi tekanan kepada pihak penjajah”.

Kini tiada lagi tanda-tanda perang antara pejuang Palestin dengan pihak Zionis akan berakhir dalam masa terdekat memandangkan tentera rejim Zionis sudah mula melakukan operasi darat di sempadan Gaza.

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Pindahkan Penjajah, Bukan Rakyat Palestin

Next Post

Perdana Menteri perlu Jawab Surat Dr. Abdul Fattah

Related Posts