Gesa Baca Buku Untuk Terapkan perpaduan, Bukti Kerajaan Gagal Terapkannya Di Sekolah?

perpaduan

KUALA LUMPUR – Cadangan dan gesaan yang dibuat oleh Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil untuk menerapkan budaya membaca buku terutamanya buku mengenai kepelbagaian kaum dan agama dalam kalangan kanak-kanak.Ini salah satu bukti bahawakerajaan sekian lama gagal menyelesaikan isu perpaduan kaum. Beliau sepatutnya berpandangan adalah tugas kerajaan untuk merapatkan hubungan sesama kaum menerusi sistem sekolah satu aliran barulah memberi rekomendasi tindakan kepada rakyat.

Fahmi Fadzil dalam kenyataannya juga berkata bahawa pembudayaan membaca buku mengenai kepelbagaian kaum dan agama ini membuka peluang untuk anak-anak memahami kisah komuniti yang berbeza di negara ini sekaligus memupuk semangat perpaduan yang membawa negara ke hadapan.

Jika mengikut formula yang mudah, perkara ini dapat dibuat di peringkat akar lagi iaitu di sekolah. Penyelesaian melalui sistem pendidikan sebenarnya adalah senjata utama yang dilaksanakan oleh kerajaan.

Kedudukan kerajaan sebagai institusi yang tertinggi dan mempunyai autoriti yang besar sepatutnya digunakan secara baik untuk mengaplikasikan sistem satu aliran sekolah sahaja. Peluang merapatkan jurang hubungan antara pelbagai kaum dapat dilakukan apabila semua murid daripada pelbagai kaum duduk di bawah satu bumbung yang sama.

Namun begitu, kerajaan dilihat terus menutup mata untuk melihat isu ini secara lebih mendalam dan lebih memilih bersikap lewa sahaja apabila isu perpaduan kaum yang menyasarkan sekolah vernakular dibangkitkan oleh orang ramai. Bahkan Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek sendiri pun juga pernah berkata kerajaan mengambil pendirian untuk terus mengekalkan sekolah vernakular yang diiktiraf di bawah Akta Pendidikan.

Sungguh menghairankan apabila kerajaan yang sepatutnya menjadi ejen perpaduan kaum mengeluarkan kenyataan yang menyokong institusi yang memisahkan kaum. Kemudiannya, meminta rakyat untuk menyelesaikan isu ini secara sendiri tanpa adanya solusi yang lebih tuntas daripada kerajaan.

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post
KL20

‘Startup’ Kecewa, Persoal Ke Mana Hala Tuju Ekonomi Negara

Next Post
zionis

Universiti Malaya Jemput Pensyarah Pro-Zionis

Related Posts