Nilai Ringgit terus naik dengan mencatatkan peningkatan kepada kepada 4.1275/1310 berbanding dolar AS pada Rabu seterusnya mencatatkan paras paling kukuh sejak Jun 2021 namun sayangnya masih kekal berhadapan dengan harga barang naik.
Kenaikan nilai Ringgit ini dilihat menjadi satu kelebihan kepada Malaysia yang hingga kini masih lagi merupakan negara pengimport terutamanya dalam industri bahan mentah seperti kimia, logam mentah, dan bahan pembinaan serta peralatan industri.
Meskipun Malaysia menghasilkan beberapa produk pertanian, negara ini masih bergantung pada import bahan makanan seperti gandum, jagung, dan daging.
Secara teorinya, sudah pasti harga barang yang ada di Malaysia akan turun selaras dengan kenaikan Ringgit namun perkara ini tidak berlaku.
Harga barang masih belum ada tanda-tanda akan turun dan nyata resah rakyat terhadap kenaikan harga barang ini masih berlangsung.
Punca Kenaikan Harga Barang Datang Daripada Kartel?
Sejak kebelakangan ini sudah timbul beberapa laporan berita yang memaklumkan ura-ura ataupun khabar angin tentang kenaikan harga barang yang akan berlaku tahun ini.
Bermula Mei 2024, timbul laporan berita yang memaklumkan harga barangan dan perkhidmatan dijangka mengalami kenaikan antara tiga hingga lima peratus susulan pelaksanaan penyasaran subsidi diesel.
Selain itu, isu tentang kenaikan harga barang juga ada dibangkitkan susulan pengumuman kenaikan gaji penjawat awam namun ia masih lagi di peringkat awal dan belum adanya kepastian perkara tersebut akan berlaku.
Jika harga barang naik sekalipun, agak tidak adil untuk menyalahkan peruncit dan peniaga kerana harga yang diterima oleh mereka kebanyakannya adalah harga akhir yang sudahpun “dibuat” untuk menjadi mahal.
Maka adakah punca harga barang naik ini datangnya daripada kartel?
Persoalan ini dilihat ada kebenarannya kerana Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Ogos yang lalu ada menegaskan bahawa kos sara hidup yang meningkat antara lain disebabkan oleh masalah ketirisan, rasuah, seludup dan kartel.
Kewujudkan kartel di Malaysia yang menguasai bahan mentah untuk industri makanan sememangnya wujud sememangnya wujud sekian lama.
Buktinya, sebanyak RM415 juta penalti dikenakan terhadap lima syarikat pengeluar makanan ayam yang didapati melanggar seksyen 4 Akta Persaingan 2010 (Akta 712) melalui pembentukan kartel penetapan harga ayam.
Oleh hal yang demikian, kerajaan perlu serius untuk mengatasi masalah kartel ini dengan lebih tegas lagi.
Apakah gunanya jika nilai Ringgit terus gah mengukuh dalam pasaran mata wang antarabangsa jika kos sara hidup rakyat tidak mampu diselesaikan oleh kerajaan.