Tolak Pemimpin Persoal Larangan Jual Alkohol – Presiden BERJASA

Presiden Berjasa Zamani Ibrahim

Bangi – Langkah larangan penjualan minuman keras yang diambil oleh kerajaan negeri Melaka ke atas Ayer Keroh Country Club (AKCC) sememangnya wajar.

Ianya selari dengan Perlembagaan Persekutuan, selain demi menghormati status Malaysia sebagai sebuah negara Islam.

Selain itu, katanya lagi, langkah berkenaan juga tepat pada waktunya kerana tiada agama yang mengiktiraf pengambilan minuman yang boleh membawa kemudaratan.

“Sebaliknya pengambilan minuman keras itu adalah amalan negatif yang boleh merosakkan diri selain menjatuhkan kehormatan manusia itu sendiri.

“Tiada kajian akademik yang menunjukkan dengan penjualan arak sebagai lambang kepada kemajuan, kebahagiaan individu tetapi lebih banyak membawa kemudaratan diri dan penyakit sosial,” katanya ketika dihubungi Ismaweb.net, hari ini.

Ustaz Zamani menjelaskan, pengambilan minuman keras adalah budaya Barat yang tidak membawa manfaat.

“Buat apa kita agungkan budaya Barat sebaliknya tonjolkan budaya ketimuran yang jauh lebih baik dan bersesuaian dengan budaya kita sendiri,” katanya lagi.

Dalam masa sama, beliau berpandangan pemimpin yang mempersoalkan isu penjualan minuman keras perlu ditolak oleh rakyat.

“Jika Perlembagaan negara pun mereka tidak boleh patuh, apa guna jadi pemimpin kerana tidak memberi contoh yang baik kepada rakyat.

“Kita sebagai rakyat perlu gunakan kuasa kita, menilai semula dan tidak boleh golongan itu diangkat sebagai pemimpin yang boleh membela kita,” tegas beliau.

Sebelum ini, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Keroh, Kerk Chee Yee menggesa kerajaan Melaka menjelaskan sebab AKCC diarahkan berhenti menjual minuman beralkohol dalam premis itu.

Menurut Ahli Parlimen DAP itu, kegagalan menjelaskan sebab larangan itu boleh menjejaskan imej Melaka sebagai destinasi pelancongan. – Sumber Ismaweb

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post
Ir Lukman Al Hakim BERJASA

Pengurusan Pincang Punca Banjir Luar Biasa Gagal Diatasi – Ir Lukman

Next Post
Zamani Ibrahim Presiden BERJASA

Demokrasi Hanya Laungan, Nasib Rakyat Ditentukan Taikun, Jutawan? – Presiden BERJASA

Related Posts