KAPAR – BERJASA Kapar pada hari Sabtu yang lepas telah menganjurkan satu program di bawah Usrah Khadijah yang bertajuk Wanita & Harmoni, Berpisah Tiada. Program yang bertempat di Pusat Aktiviti Masyarakat, Lorong Masjid Lama An-Nawawi telah menjemput Dr. Rashila Abd Karim daripada Klinik Aurora Tropicana Aman sebagai penyampai program tersebut.
Topik dibawa oleh Dr. Rashila Abd Karim yang berjaya menarik 50 orang peserta adalah berkaitan tentang isu kesihatan wanita khususnya melibatkan hormon wanita. Beliau berpendapat perubahan hormon di kalangan wanita bukan sahaja semasa period tetapi juga semasa menghampiri menopos.
Justeru itu beliau menasihatkan agar para wanita menjalani pemeriksaan hormon di klinik secara berkala dan mendapat nasihat yang terperinci daripada doktor. Doktor juga akan memberikan pil hormon untuk menstabilkan hormon jika memerlukan.
Selain daripada ceramah kesihatan, program ini juga diisi dengan pemeriksaan kesihatan secara percuma khas daripada Klinik Aurora Tropicana Aman, pemeriksaan darah, senaman ringkas, cabutan bertuah dan jamuan ringan.
Dalam mengingati nasib yang menimpa saudara kita di Palestin, BERJASA Kapar telah menyerahkan tabung dana kepada Aman Palestin bagi disumbangkan kepada rakyat Palestin yang tinggal di Gaza sekarang.