Tarik Subsidi RON95 Beri Kesan Domino Pada Harga Barang

tarik subsidi

BANGI – Langkah kerajaan tarik subsidi petrol RON95 bukan hanya menyebabkan kenaikan harga produk bahan api, bahkan memberikan kesan domino kepada kos pengangkutan dan harga barangan makanan asas. Walaupun ramai pihak yang melihat tarik subsidi dibuat bagi menjimatkan perbelanjaan kerajaan namun keberkesanannya masih lagi diragui.

Naib Presiden BERJASA, Ir Ts Muhammad Lukman Al Hakim menyifatkan rancangan mengurangkan perbelanjaan terutama kepada perkara yang memberikan manfaat terus terhadap kebajikan rakyat, adalah tindakan amat tidak popular.

Beliau tidak bersetuju rancangan kerajaan untuk mengurangkan subsidi petrol RON95 mencecah RM81 bilion setahun, bagi mengurangkan perbelanjaan negara.

“PM kata ia masih belum putus. Namun, Menteri Ekonomi kata ia penting untuk mengurangkan defisit fiskal negara kepada 4.3 peratus dari KDNK pada tahun 2024.

“Persoalannya kenapa tidak tingkatkan pendapatan negara untuk mengurangkan defisit fiskal?,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Menurut Muhammad Lukman, rakyat berharap kerajaan mengekalkan subsidi sedia ada, memandangkan situasi ekonomi dan kos sara hidup yang semakin menghimpit meskipun tanpa penarikan manfaat itu.

“Apatah lagi Malaysia baru sahaja melalui fasa kenaikan tarif elektrik, penarikan subsidi bersasar untuk mengerjakan haji, pengenalan cukai barang mewah dan banyak lagi.

“Saya amat optimis defisit fiskal mampu dikurangkan dengan pelbagai inisiatif meningkatkan pendapatan negara seperti inisiatif penjimatan perbelanjaan tidak perlu, tapi bukan dengan menarik subsidi petrol,” katanya.

SUMBER: Ismaweb

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post
kebebasan media

Indeks Kebebasan Media Malaysia Menjunam Teruk

Next Post
subsidi petrol

Subsidi Petrol: Jangan Tergesa-Gesa, Perhalusi Impaknya Dahulu

Related Posts