‘Skim Ekspres’ Kuil Haram Dapat Tanah Percuma

Isu pembinaan kuil secara haram di atas tanah waqaf di Jalan Masjid India bukan sekadar soal sensitiviti agama, tetapi satu ujian terhadap kedaulatan Islam dan integriti kerajaan dalam mempertahankan hak tanah milik umat Islam. Tanah waqaf bukan sekadar aset biasa, tetapi amanah yang perlu dipertahankan. Namun, apa yang berlaku seolah-olah menunjukkan bahawa pemilikan tanah di Malaysia kini mempunyai ‘skim ekspres’ versi baharu, bina dulu secara haram, kemudian kerajaan sediakan tanah gantian secara percuma.

Jika sebelum ini, rakyat biasa perlu melalui proses panjang, membayar premium tanah, dan memenuhi pelbagai syarat ketat untuk memiliki tanah, nampaknya ada ‘skim ekspres’ yang lebih mudah, dirikan kuil tanpa izin, tunggu reaksi, dan akhirnya kerajaan sendiri akan tampil menyelamatkan dengan menawarkan tapak baharu, atas tiket menjaga keharmonian. Sebaliknya, warga asal yang telah lama mendiami tanah mereka sendiri diusir tanpa belas kasihan, seperti yang berlaku di beberapa kawasan lain. Adakah ini tanda bahawa kepentingan segelintir pihak lebih diutamakan berbanding hak pribumi dan tanah umat Islam?

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, menegaskan bahawa kuil ini dibina tanpa kebenaran dan perlu mengikut undang-undang. Namun, di mana ketegasan yang sama dalam memastikan tanah waqaf dikembalikan kepada fungsinya yang asal? Mengapa setiap kali isu melibatkan kuil haram, penyelesaiannya adalah memberikan ganjaran dalam bentuk tanah baharu? Jika trend ini berterusan, tidak mustahil akan muncul lebih banyak binaan haram.

Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP), NGO Islam, serta umat Islam keseluruhannya perlu bangkit menentang pemberian tanah percuma kepada pihak kuil haram ini. Isu ini adalah soal kedaulatan tanah serta juga kedudukan agama Islam di dalam perlembagaan. Jika kerajaan benar-benar berpegang pada prinsip rule of law, tanah waqaf wajib dikembalikan kepada fungsinya yang asal, serta tidak akan memberikan tanah secara percuma tetapi perlulah pihak kuil untuk membelinya.

Kerana jika ini tidak dikekang. Adakah 773 kuil haram di Selangor, 115 kuil haram di Kuala Lumpur dan 498 kuil haram di kedah akan turut menerima ‘skim ekspres’ hartanah percuma dari Kerajaan MADANI?

Admin Gelombang BERJASA

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Tanah Waqaf Milik Umat Islam, Bukan Milik Jakel atau Kuil Haram

Next Post

tubuh Unit Khas Cegah Penceroboh Tanah Haram

Related Posts