Tanah Rizab Melayu Susut Sebanyak 21,212 Hektar

tanah rizab melayu

Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata di Parlimen bahawa tanah rizab Melayu (TRM) telah susut sebanyak 21212.38 hektar berbanding 4977083.37 hektar pada 10 Julai lalu.

Perkiraan ini diambil melibatkan 10 buah negeri Melayu kecuali Pulau Pinang dan Melaka kerana kedua-dua buah negeri tersebut tidak mempunyai Enakmen Tanah Rizab Melayu.

Kenyataan yang dikeluarkan oleh Nik Nazmi Nik Ahmad ini telah membenarkan dakwaan bahawa memang berlakunya penyusutan jumlah TRM sekarang ini.

Hal ini ditambah lagi dengan dakwaan tangkapan yang dibuat oleh pihak Suruhanjaya Pecegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap Pengarah Urusan membabitkan siasatan kes pemecahan lot membabitkan kira-kira 650 hektar tanah rizab Melayu kepada tanah bukan Melayu di Mukim Manjong, Setiawan Perak.

Tangkapan ini jelas menunjukkan memang wujud gerakan jahat dan terancang yang sengaja menukar status TRM yang menyebabkan status tanah ini terbatal serta merta menyebabkan tanah berkenaan dijual sewenang-wenang kepada pembeli bukan Melayu.

Tanah-tanah yang dibeli oleh orang bukan Melayu ini akhirnya dibangunkan sebagai kawasan perumahan, kilang atau pusat komersil yang nilainya begitu mahal untuk dimiliki oleh orang Melayu itu sendiri.

Maka pembelinya kebanyakan terdiri daripada orang bukan Melayu menyebabkan orang Melayu hanya berputih mata sahaja.

Tidak Mustahil Gerakan Tukar Status Tanah Rizab Melayu Akan Berlaku Lagi

Tangkapan terhadap Pengarah Urusan melibatkan pemindahan status TRM secara tidak sah itu diyakini membuka kepada pintu jenayah yang sama berlaku di negeri lain.

Jenayah itu mungkin belum ternoktah lagi dan diharapkan pihak berkuasa dapat menggencarkan lagi operasi bersepadu dalam menyiasat mana-mana penjenayah yang melakukan tindakan jahat yang serupa.

Nafsu yang tamak dengan kemewahan telah mendatangkan kerugian kepada orang Melayu yang sudah sekian lama ketinggalan dalam pegangan ekonomi walaupun berstatus sebagai Bumiputera.

Pemilikan tanah sepatutnya dijaga dengan baik oleh orang Melayu memandangkan tanah merupakan harta yang begitu besar nilainya.

Selaras dengan seruan Presiden BERJASA Zamani Ibrahim, beliau menggesa agar kerajaan negeri merizabkan fatwa majlis agama negeri yang menjatuhkan hukum haram jika orang Melayu menjual tanah rizab Melayu kepada orang bukan Melayu.

Langkah ini sepatutnya diperhalusi oleh kerajaan bagi memastikan kelangsungan pemilikan hartanah oleh orang Melayu sentiasa terjaga.

Semua pihak yang bertanggungjawab wajib menghormati amanat daripada raja-raja Melayu bahawa wajib dikekalkan kadar 50% tanah di seluruh Malaysia sebagai tanah rizab Melayu.

Orang Melayu sudah ketinggalan di dalam ekonomi dan kuasa politik pula walaupun majoriti namun masih berpecah belah maka pemilikan tanah perlu dipertahankan secara bersama.

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post
kebebasan media di malaysia

Kerajaan Berjanji Palsu Untuk Kebebasan Media Di Malaysia

Next Post
tanah rizab melayu

Mengapa Tanah Rizab Melayu Penting Untuk Dipertahankan?

Related Posts