Kerajaan Berjanji Palsu Untuk Kebebasan Media Di Malaysia

kebebasan media di malaysia

Cadangan kerajaan untuk meminda Akta Mesin Cetak dan Penerbitan (PPPA) 1984 menunjukkan bahawa kerajaan hanya memberikan janji palsu sahaja untuk kebebasan media di Malaysia.

Laporan ada menyebutkan bahawa pindaan ini akan melibatkan pengenalan semula skim pelesenan tahunan untuk penerbitan media dan penguatkuasaan PPPA ke atas media dalam talian.

Hal ini telah membangkitkan usul bantahan daripada Gerakan Media Merdeka (GERAMM), Centre for Independent Journalism (CIJ) dan Kesatuan Kebangsaan Wartawan Semenanjung Malaysia (NUJM).

Mereka menuntut penjelasan Kementerian Dalam Negeri (KDN) berhubung cadangan pindaan Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 yang dikhuatiri memberi kesan kepada kebebasan media di Malaysia.

Ironinya, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dahulunya sewaktu menjadi ketua pembangkang begitu gigih melaungkan semangat reformasi dengan menjanjikan kebebasan bersuara dan media dilaksanakan ketika beliau memerintah nanti.

Bukan sahaja beliau malahan rakan-rakan politiknya di dalam Parti Keadilan Rakyat (PKR) seperti Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail dan Fahmi Fadzil yang masing-masing kini merupakan Menteri Dalam Negeri dan Menteri Komunikasi juga menjanjikan hal yang sama.

Dahulu Canang Kepentingan Kebebasan Media, Kini Mahu Mengawal Pula

Mereka yang duduk di kerusi empuk kerajaan sekarang sudah mula mahu bersikap drakonian dengan ingin mengawal semua media di Malaysia.

Sungguh kontra dengan sikap dan laungan mereka yang begitu semangat mendesak kerajaan dahulu untuk memberikan kebebasan bersuara kepada pengamal media.

Sedarkah mereka bahawa kedudukan Malaysia dalam Indeks Kebebasan Media oleh Wartawan Tanpa Sempadan merudum daripada nombor 73 dalam dunia pada tahun 2023 kepada 107 tahun 2024.

Skor pula merosot secara berterusan daripada 66.88 mata pada 2020 kepada 52.07 tahun ini.

Sudah hilang suara mereka ini yang kononnya menekankan mengenai kebebasan, ketelusan, kebertanggungjawaban dan keilmuan dan toleransi.

Walaupun Datuk Seri Saifuddin memaklumkan yang cadangan pindaan ini akan ditangguhkan setelah diadakan pertemuan dengan pihak berkepentingan, hal ini tidak mungkin menolak pendirian kerajaan untuk terus meminda akta ini.

Kerajaan sepatutnya bersikap terbuka dalam soal kebebasan media kerana ia boleh dijadikan sebagai semak dan imbang kepada kerajaan.

Kebebasan media boleh diraikan namun isu yang melibatkan 3R iaitu race, religion and royal tidak boleh diberikan kompromi dari segi perlaksanaan hukuman ataupun undang-undang.

Jika benar Datuk Seri Anwar Ibrahim mencanang kerajaan di bawah pentadbirannya berada di landasan yang baik, mengapa perlu takut dengan kebebasan media?

Semestinya beliau sendiri sudah mulai rasa takut dengan bayang-bayang sendiri dek begitu banyak kelemahan kerajaannya yang gagal mengatasi pelbagai isu melibatkan kesejahteraan rakyat.

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post
proton geely

Proton Dipinggirkan Setelah Geely Masuk Pasaran Automotif ASEAN?

Next Post
tanah rizab melayu

Tanah Rizab Melayu Susut Sebanyak 21,212 Hektar

Related Posts