Kecurian Nadir Bumi: Kerajaan Perlu Serius Bertindak

Naib Presiden BERJASA, Afif Badhrulhisham

Shah Alam – Kecurian nadir bumi makin giat berlaku di Malaysia akibat kelemahan pengawasan daripada pihak penguatkuasaan dan ketidakseriusan kerajaan dalam menjaga sumber mineral yang bernilai tinggi ini.

Baru-baru ini telah dilaporkan oleh akhbar bahawa berlakunya kes kecurian nadir bumi di Kampung Sikai, Seri Menanti di Kuala Pilah pada 16 Mei lalu

Kes kecurian nadir bumi di Malaysia ini bukan pertama kali berlaku dan dibongkarkan malahan pernah juga dilaporkan isu yang sama berlaku di Hutan Simpan Bukit Enggang, Sik, Kedah dan Hutan Sinmpan Ulu Jelai, Pahang.

Ini menampakkan bahawa pelombong haram ini mengambil kesempatan di atas kelemahan kerajaan yang gagal mengetatkan penguatkuasaan undang-undang bagi melindungi sumber bumi di Malaysia ini.

Susulan itu, Gelombang BERJASA telah menghubungi Naib Presiden BERJASA, Afif Badhrulhisham bagi mendapat respon balas dalam mengulas isu ini.

Beliau berkata, diakui bahawa kerajaan sekarang dilihat tidak bertindak secara serius dalam melindungi sumber mineral yang bernilai tinggi di dalam sempadan negara.

Beliau mempersoalkan mengapa kerajaan tidak meletakkan penguatkuasa di kawasan tersebut seperti mana dilakukan ketika menjaga sempadan negara khususnya di sempadan Thailand-Malaysia.

Tambah beliau, isu ini juga tidak akan berlaku jika kerajaan mula serius dalam melombong sumber nadir bumi sebagai industri negara yang baharu.

“Para penceroboh ini melihat ia satu peluang oleh mereka untuk melombong sumber nadir bumi di kawasan itu secara haram kerana kawasan itu masih belum diusik oleh sesiapa pun termasuk daripada pihak kerajaan”.

“Bagi mereka, kerajaan mungkin tidak mengetahui ataupun menghiraukan kawasan tersebut yang sebenarnya kaya dengan sumber mineral dan membolehkan kerajaan menjana pendapatan yang berbillion Ringgit”, tegas beliau.

Dalam menyelesaikan isu ini, beliau menyarankan agar kerajaan membuka mata untuk melihat perlombongan sumber nadir bumi ini sebagai industri negara yang baharu.

Ini dapat dilakukan dengan adanya kerjasama daripada semua pihak termasuk kerajaan dan pihak industri untuk berganding bahu dalam membangunkan sumber ekonomi ini.

Antara kerjasama yang boleh dibuat oleh mereka ialah dengan menubuhkan satu syarikat perlombongan di bawah kerajaan yang akhirnya akan menyediakan segala kelengkapan untuk melombong sumber mineral ini sepertimana yang dilakukan oleh syarikat minyak dan gas negara, PETRONAS.

Kerajaan daripada dahulu sering mengharapkan PETRONAS untuk memberikan pendapatan kerajaan melalui bayaran dividen daripada PETRONAS sedangkan industri minyak dan gas agak rapuh dengan sering berlakunya naik turun harga minyak pasaran dunia.

Kerajaan sepatutnya sudah mula serius meneroka peluang baharu dalam menjana pendapatan negara dalam memastikan negara terus berupaya dan berdaya saing untuk menjadi sebuah negara maju.

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post
Ketua Pemuda BERJASA, Fahmi Bazlan

Rafizi Silap, kejatuhan Ringgit Bawa Petanda Buruk Untuk Negara

Next Post
Ketua Pemudi BERJASA, Azliza Rajiain

Kurang Minat Sambung Belajar: Sediakan solusi Jangka Panjang, Bukan Pendek

Related Posts