Syarikat Malaysia Sertai Lawatan Rasmi Kerajaan Tiada ‘Track record’, Hilang Prinsip ‘Good Governance’ PMX

Afif Badhrulhisham Naib Presiden BERJASA

Shah Alam – Naib Presiden BERJASA, Afif Badhrulhisham sependapat dengan Ahli Parlimen Titiwangsa, Datuk Seri Johari Abdul Ghani mendakwa kerajaan perlu membuat semakan ataupun tapisan terhadap mana-mana syarikat yang ingin membuat pelaburan bersama negara luar apatah lagi menyertai lawatan rasmi kerajaan ke negara-negara luar.

Hal ini kerana beliau Datuk Seri Johari Abdul Ghani mendakwa terdapat beberapa syarikat daripada 19 syarikat Malaysia yang menandatangi memorandum persefahaman (MoU) dengan syarikat China hasil lawatan Perdana Menteri ke negara itu baru-baru ini, yang tidak mempunyai ‘track record’.

Afif Badhrulhisham ketika dihubungi, menyatakan bahawa pelaburan itu perlu diuruskan kepada syarikat yang benar-benar layak dalam menguruskan pelaburan yang begitu besar lagi-lagi daripada negara yang berada di kedudukan kedua sebagai kuasa ekonomi dunia iaitu China.

“Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sering melaungkan perkataan “good governance” dan “tranparency” sebelum ini namun agak janggal apabila perkara ini berlaku”, kata beliau kepada Gelombang BERJASA.

“Kita faham bahawa pelaburan bersama China ini adalah satu peluang yang besar untuk Malaysia dalam meningkatkan taraf ekonomi kedua buah negara namun perlu dibuat secara cermat dan berhati-hati”, tambahnya lagi.

“Saranan saya adalah Datuk Seri Anwar Ibrahim jangan terlalu mengejar berita baik untuk dihidangkan kepada rakyat kerana khuatir ia akan memakan diri. Isu ini perlu diberi perhatian serius kerana melibatkan masa depan ekonomi Malaysia”, tegas beliau.

Sebelum ini, Perdana Menteri ketika lawatan rasmi ke China mengumumkan Malaysia meraih komitmen pelaburan tertinggi dalam sejarah berjumlah RM170 bilion daripada pelabur China.

Ia hasil daripada 19 MoU yang dimeterai antara syarikat Malaysia dengan China.

Antara MoU itu ialah perjanjian utama antara DRB-Hicom Bhd dan Zhejiang Geely Holding Group Co., Ltd mengenai cadangan usaha sama dalam pembangunan dan pengkomersialan lembah teknologi tinggi automotif di Tanjung Malim, Perak, untuk kenderaan tenaga baharu serta antara Dewan Perdagangan dan Perindustrian Cina Bersekutu Malaysia dan Dewan Perniagaan China untuk import dan eksport jentera dan produk elektronik.

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

politik & Kepimpinan Malaysia Unggul 2040

Next Post

Filem Anwar: The Untold Story: Jemputan Menggunakan Peruntukkan Daripada Mana?

Related Posts