Bagaimana Dasar Gaji Progresif Dilaksanakan Di Malaysia?

Dasar Gaji Progresif di Malaysia dilihat sebagai satu topik yang menarik untuk dikupas susulan akan berlangusngnya pengumuman daripada Datuk Seri Anwar Ibrahim mengenai kenaikan gaji baharu untuk penjawat awam melalui Sistem Saraan Perkhidmataan Awam (SSPA) pada hari ini.

Langkah kerajaan untuk melaksanakan gaji progresif ini dilihat bertepatan dengan janji kerajaan sebelum ini yang ingin menyeimbangkan pendapatan rakyat dengan kos sara hidup di Malaysia.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim meluahkan keseriusan kerajaan untuk menggubal Dasar Gaji Progresif melibatkan sektor swasta, selaras dengan penambahbaikan gaji dan elaun penjawat awam.

Namun demikian, semestinya ramai pihak yang mempertanyakan bagaimanakah dasar gaji progresif dilaksanakan di Malaysia.

Penetapan Gaji Minimum

Kerajaan melalui Majlis Perundingan Gaji Negara akan menetapkan gaji minimum sebagai langkah pertama dalam melaksanakan dasar gaji ini.

Majlis Perundingan Gaji Negara akan melaksanakan penetapan gaji minimum ditentukan berdasarkan kos sara hidup, kadar inflasi dan produktiviti negara. Gaji minimum ini akan disemak secara berkala bagi memastikan ia selaras dengan keadaan ekonomi semasa.

Peningkatan Gaji Berdasarkan Produktiviti

Kerajaan juga telah menyarankan dan menggalakkan kerajaan untuk meningkatkan gaji pekerja seiring dengan peningkatan produktiviti yang dihasilkan oleh pekerja. Hal ini bagi memastikan bahawa kenaikan gaji adalah dibuat berdasarkan prestasi dan sumbangan pekerja kepada syarikat.

Bukan itu sahaja malahan Program Latihan dan Pembangunan Kemahiran juga diperkenalkan untuk membantu pekerja meningkatkan kemahiran mereka seterusnya melayakkan mereka untuk mendapatkan gaji yang lebih tinggi.

Subsidi dan Insentif Kerajaan

Dalam usaha memastikan majikan menyahut seruan untuk melaksanakan gaji progresif ini, kerajaan akan menyediakan pelbagai subsidi dan insentif kepada majikan untuk membantu mereka melaksanakan kenaikan gaji ini termasuk pengecualian cukai dan subsidi latihan.

Skim Bantuan Kewangan disediakan untuk syarikat-syarikat kecil dan sederhana (SME) agar mereka mampu menyesuaikan diri dengan peningkatan kos akibat kenaikan gaji.

Hal ini dapat dibuktikan melalui kenyataan Menteri Ekonomi Rafizi Ramli yang berkata sebanyak RM50 juta disediakan bagi pelaksanaan projek rintis DGP bermula Jun lepas termasuk pembayaran insentif kepada 1,000 majikan.

Pelaksanaan Dasar Gaji Progresif di Malaysia dilihat sebagai satu usaha komprehensif yang melibatkan semua pihak berkepentingan dengan tujuan untuk memastikan keadilan dalam pengagihan pendapatan serta meningkatkan kesejahteraan pekerja di negara ini.

Secara keseluruhan, Dasar Gaji Progresif adalah alat penting dalam usaha Malaysia untuk membina masyarakat yang lebih adil, makmur, dan seimbang dari segi ekonomi dan sosial.

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

KLFW 2024: Adakah Fesyen Seksi Sudah Menjadi Kebiasaan?

Next Post

Sumber Nadir Bumi Malaysia: Malaysia Ada Potensi Bangunkan Jenama Kereta Elektrik Sendiri

Related Posts