Perdana Menteri Perlu Tinggalkan Watak Pembangkang

Shah Alam – Presiden BERJASA, Zamani Ibrahim menegaskan bahawa Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim perlu meninggalkan watak beliau sebagai pembangkang.

Datuk Seri Anwar Ibrahim perlu sedar beliau kini berada di tampuk ketua kerajaan yang bertanggungjawab menentukan dasar dan polisi negara untuk manfaat rakyat.

“Saya lihat kini Datuk Seri Anwar Ibrahim seolah-olah masih berlagak sebagai seorang pembangkang seperti dahulunya”.

“Tindakan beliau yang menekan lawannya iaitu pembangkang menampakkan sikap beliau yang langsung tidak mencerminkan sebagai ketua kerajaan yang sejati”.

“Nasihat saya, sepatutnya beliau fokuskan kepada tugas hakiki beliau iaitu sebagai Perdana Menteri. Malaysia memerlukan sentuhan tadbir urus yang baik daripada beliau bagi memulihkan kembali ekonomi dan krisis kepercayaan daripada pelabur luar”, tegas beliau.

Beliau berkata lagi, tumpuan dan idea Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mentadbir Malaysia akan hilang fokus jika banyak menumpukan kepada usaha untuk menekan pihak lawan.

Rakyat ingin melihat kos sara hidup menurun dan itu yang sepatutnya menjadi indikator kepada kerajaan di bawah pentadbiran Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Menekan pimpinan pembangkang tidak akan membawa negara ke mana-mana. Untuk mendakwa atas kesalahan rasuah, itu baik namun perlu dikemukakan bukti yang kukuh. Jika didakwa atas kesalahan mengkritik kerajaan, itu satu tindakan yang tidak masuk akal”, kata beliau.

Terdahulu, media Singapura iaitu News Strait Times (NST) mendakwa indeks kebebasan bersuara di Malaysia sewaktu pentadbiran Datuk Seri Anwar Ibrahim mengalami kemerosotan berbanding dengan beberapa pentadbiran yang lalu.

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post
Ketua Pemuda BERJASA, Fahmi Bazlan

AUKU: Jangan Dihapuskan Tetapi Perlu Dipinda

Next Post
Naib Presiden BERJASA, Ir Ts Lukman Hakim

Sistem Pembayaran Tol Terbuka Dan MLFF: Jangan Ulangi Kesilapan RFID

Related Posts