Sumber Nasional Pemangkin Ekonomi Malaysia Unggul

Sumber nasional yang ada di Malaysia ialah sumber komoditi, sumber tenaga, sumber mineral, dan sumber makanan.

Sumber-sumber ini amat penting kepada negara kerana sumber nasional ini bukan sahaja mampu membayar hutang negara bahkan menjana ekonomi negara sehingga kita mampu menjadi sebuah negara yang mempunyai satu sistem ekonomi mandiri dan disegani.

Menurut Jabatan Mineral dan Geosains, nilai taburan sumber mineral negara berjumlah sebanyak RM4.11 trilion.

Ini termasuklah mineral berlogam sebanyak RM1.03 trilion, mineral bukan berlogam RM 2.96 trilion dan mineral tenaga sebanyak RM0.12 trilion.

Jumlah sumber mineral ini sangat banyak dan ia perlu diupayakan sebaik mungkin oleh tangan anak watan sendiri.

Sumber nasional ini akan diurus tadbir oleh pemimpin yang berintegriti dan bijak merancang.

Modal insan negara yang beridentiti nasional menggembleng tenaga untuk mengupayakan sumber nasional yang ada demi Malaysia tercinta.

Mereka tidak sewenang-wenang memberi sumber nasional ini kepada orang luar.

Sungguhpun ada golongan tidak bertanggungjawab melakukannya pada ketika ini, menjelang 2040 golongan sebegini akan lenyap.

Pengurusan sumber nasional akan ditadbir oleh pemimpin yang berwibawa, tadbir urus yang cekap, dan pembangunan dasar dan polisi yang lebih menyeluruh.

Malaysia unggul menjadikan Malaysia sebuah negara yang mampu berdikari dengan sumber miliknya sendiri sekaligus menjadikan ia sebuah negara yang kuat, maju, dan berdaulat dengan acuan kita sendiri.

Basyirah Yasin

NASTRACOM

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Sistem Pendidikan Negara Memacu Pembangunan Modal Insan Yang Bersatu

Next Post
Ketua Pemuda BERJASA, Fahmi Bazlan

Isu Kalimah Allah: Kerajaan Jangan Hanya Diam Membisu – Fahmi Bazlan

Related Posts