Sejauhmanakah Keberkesanan Suruhanjaya Gig Ekonomi Malaysia?

Desakan parti UMNO untuk menubuhkan Suruhanjaya Gig Ekonomi Malaysia susulan isu kadar upah yang rendah diterima oleh penunggang p-hailing telah disambut dengan baik oleh Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil. Beliau yang juga bertindak sebagai jurucakap Kerajaan Perpaduan berkata cadangan itu wajar memandangkan terdapat kerencaman dalam ekonomi gig seperti penghantar makanan.

Isu ini mula berbangkit setelah wujudnya aduan daripada kumpulan pekerja p-hailing yang mendakwa kadar upah yang diterima oleh mereka sudah rendah. Pada 17 Januari lalu pula, Grab mempertahankan struktur tambang penghantaran dan bonusnya yang baharu, di tengah-tengah gesaan penunggang untuk memboikot syarikat pengangkutan dan penghantaran itu.

Grab menegaskan struktur pendapatan baharu itu “memberikan manfaat kepada rakan kongsi penghantaran yang paling aktif”.

Kecaknaan kerajaan yang pantas ingin menubuhkan Suruhanjaya Gig Ekonomi Malaysia dilihat amat bertepatan dengan masanya sebagai usaha memperjuangkan kadar upah yang lebih bermaruah untuk mereka. Namun demikian, sejauhmanakah Suruhanjaya Gig Ekonomi Malaysia ini berkesan kepada mereka sedangkan mereka langsung tidak dilindungi di bawah Akta 265, Ordinan Buruh (Sabah Bab 67) dan Ordinan Buruh (Sarawak Bab 76)?

Status mereka yang tidak dilindungi di bawah akta-akta yang berikut hanya meletakkan mereka sebagai pekerja ekonomi gig dan kontrak perkhidmatan maka secara automatiknya mereka tidak tertakluk di bawah Akta Majlis Perundingan Gaji Negara 2011(Akta 732) dan Perintah Gaji Minimum (PGM) 2020.

Penubuhan suruhanjaya ini diusulkan atas dasar ingin membantu mereka mendapat kadar upah yang munasabah ataupun selayaknya dengan gaji minimum namun segala kekurangan yang dinyatakan dalam situasi ini sebagai satu bentuk eksploitasi terhadap individu yang mencari sumber rezeki dalam sumber gig. Jika kerajaan benar-benar ingin menyelesaikan isu ini, masalah pokok mereka iaitu tidak dilindungi di bawah akta buruh perlu diselesaikan terlebih dahulu.

Sudahlah merela tidak dibekalkan dengan perlindungan jika terlibat kemalangan ataupun sakit, kadar upah mereka juga amat rendah dan sukar untuk membuat simpanan.

Suruhanjaya Gig Ekonomi Malaysia tidak akan menyelesaikan apa-apa masalah jika kerajaan tidak memperjuangkan nasib mereka untuk dilindungi di bawah akta buruh yang sah.

Imran Hakimi

Pemuda BERJASA

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi parti BERJASA atau Gelombang BERJASA.

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Tanah Runtuh: Bahana Tanah Diteroka Secara Haram

Next Post

Tiada Masalah Dengan Sekolah Vernakular – Fadhlina Sidek

Related Posts