tubuh Unit Khas Cegah Penceroboh Tanah Haram

REMBAU – Isu pencerobohan tanah yang digunakan untuk pembinaan rumah ibadat tanpa kebenaran, pengambilan pasir secara haram serta pembangunan ladang seperti Musang King terus menjadi perhatian serius pelbagai pihak. Statistik semasa menunjukkan lebih 3,200 buah kuil telah dibina di atas tanah yang bukan milik mereka, termasuk tanah milik individu atau kerajaan tanpa kebenaran sah.

Daripada jumlah itu, negeri Selangor mencatatkan sebanyak 773 kes, diikuti Kedah sebanyak 493 kes. Jumlah ini jauh melebihi angka yang membimbangkan, sekaligus menggambarkan betapa berleluasanya aktiviti pencerobohan tanah di seluruh negara.

Presiden BERJASA, Ustaz Zamani Ibrahim menyatakan bahawa isu ini bukanlah sesuatu yang baharu. Malah, ia telah berlaku sejak sekian lama, berlarutan sejak negara mencapai kemerdekaan. “Pencerobohan ini sudah menjadi seolah-olah perkara normal. Tidak ada rasa malu, tidak ada rasa bersalah, dan yang paling membimbangkan, tiada rasa takut untuk melanggar undang-undang tanah,” katanya.

Beliau menekankan bahawa punca utama isu ini bukan hanya terletak kepada penceroboh semata-mata, tetapi juga berpunca daripada kelemahan pihak berkuasa dalam aspek penguatkuasaan. “Kita ada undang-undang, kita boleh bawa penceroboh ke mahkamah, tapi pelaksanaan penguatkuasaan sangat lemah. Bahkan, dalam beberapa kes, apabila tanah yang diceroboh ingin diambil semula, penceroboh meminta pampasan atau tanah ganti untuk pembinaan kuil secara sah. Akhirnya, kita pula yang tunduk,” katanya lagi.

Beliau turut menyentuh mengenai campur tangan politik yang menyukarkan tindakan undang-undang diambil terhadap pencerobohan ini. “Kadangkala, tindakan yang sepatutnya boleh diambil tidak dibenarkan kerana tekanan politik. Mereka bimbang kehilangan undi, lalu berunding secara ‘budi bicara’ tanpa mengendahkan peruntukan undang-undang dan perlembagaan negara,” jelasnya.

Tambah beliau, amalan ini telah menyebabkan penceroboh menjadi lebih bijak dan berani. “Siapa yang paling cerdik? Mereka yang kekal di tanah yang diceroboh atau dapat tanah baru secara sah, atau kita yang hanya dapat undi lima tahun sekali?”

Sebagai langkah penyelesaian jangka panjang, beliau mencadangkan agar kerajaan menubuhkan sebuah Unit Tindakan Khas yang mempunyai kuasa, kekuatan dan kelengkapan yang mampu menakutkan penceroboh. Unit ini dicadangkan untuk ditubuhkan melalui akta khas yang memberikan bidang kuasa luas dalam mencegah sebarang bentuk pencerobohan tanah, sama ada untuk kuil, pasir mahupun ladang haram.

“Pejabat tanah, PBT dan agensi tempatan kini tidak lagi mampu menangani isu ini secara bersendirian. Penceroboh sudah jadi kumpulan yang agresif dan terancang. Maka sudah tiba masanya kita wujudkan unit khas yang disegani dan digeruni,” katanya tegas.

Beliau turut menyatakan bahawa Unit Tindakan Khas ini perlu bertindak pantas apabila menerima maklumat tentang pembinaan haram di atas tanah yang diceroboh. “Jika hari ini PBT yang takut kepada penceroboh, esok penceroboh pula yang takut kepada Unit Tindakan Khas. Ini pandangan saya yang perlu diperhalusi oleh kerajaan, kalau kerajaan mahu menghentikan aktiviti pencerobohan berterusan dinegara kita” katanya.

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

‘Skim Ekspres’ Kuil Haram Dapat Tanah Percuma

Next Post

Lencana Jalur Gemilang Pupuk patriotisme?

Related Posts