SEPANG – Daya usaha ekonomi umat dan kuasa politik yang bebas dari cengkaman Amerika-Israel perlu disinergikan kepada perjuangan pembebasan Palestin.
Setiausaha Jawatankuasa Negeri BERJASA Selangor, Abdul Aziz Badu ketika dihubungi berkata ia amat penting untuk ditekankan bahawa perlunya membangunkan ekonomi dan kekuatan politik bagi memberi perlindungan kepada Gaza.
“Segala kekuatan ekonomi dan politik umat, perlu dialirkan kepada perjuangan pembebasan Palestin, bukan sekadar memberi mereka hak survival hidup sahaja”.
“Kita perlu memberi segala bentuk sumbangan harta, tenaga, kepakaran dalam pelbagai bidang sesuai dengan kapasiti dan lapangan masing-masing”.
“Semua usaha kita termasuk dari seluruh umat Islam sedunia akan memberi tekanan secara kolektif kepada Amerika-Israel,” katanya.
Dalam dapatan media The Times Of Israel pada hari Isnin yang lepas melaporkan Bank of Israel meramalkan pada tahun ini dan tahun hadapan bahawa pertumbuhan Israel menjadi perlahan akibat konflik dengan pejuang Palestin.