Berjaya Group Yang Dimiliki Vincent Tan Bida Projek HSR KL-Singapura Melalui Konsortiumnya

projek hsr kl-singapura

Projek HSR KL-Singapura yang ditangguhkan oleh kerajaan atas alasan kos perbelanjaan yang tidak mampu ditanggung oleh kerajaan kini mula ingin digerakkan oleh syarikat swasta.

Maklumat terbaharu yang diperoleh melaporkan bahawa Berjaya Group yang diketuai oleh Tan Sri Vincent Tan sedang mencari rakan kongsi baharu untuk menyertai konsortiumnya bagi membida cadangan laluan kereta api berkelajuan tinggi (HSR) bernilai berbilion dolar antara Kuala Lumpur dan Singapura.

Pencarian rakan kongsi ini dibuat setelah syarikat Malaysian Resources Corp Bhd telah bertindak menarik diri daripada konsortoum tersebut.

Kini konsortium Berjaya terdiri daripada Berjaya Rail Sdn Bhd, Keretapi Tanah Melayu Bhd, IJM Corporation Bhd dan rakan teknikal seperti Deutsche Bahn AG, Hitachi Rail and Hyuandai Rotem Co.

Pengerusi Berjaya Rail ialah Tunku Tun Aminah Sultan Ibrahim, puteri kepada Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.

Pastikan Penyerahan Projek HSR KL-Singapura Dibuat Secara Telus

Jika konsortium yang diketuai oleh Berjaya Rail Sdn Bhd berjaya memenangi bidaan projek ini, pastinya ia seakan satu ‘kemenangan’ besar kepada Tan Sri Vincent Tan yang mana sebelum ini telah berjaya mendapatkan projek rangkaian 5G kedua negara.

Untuk pengetahuan semua, Tan Sri Vincent Tan juga merupakan Pengerusi U Mobile malahan syarikat U Mobile Sdn Bhd juga dimiliki sahamnya oleh Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim.

Sultan Ibrahim merupakan pemegang saham kedua terbesar U Mobile Sdn Bhd dengan 22.3 peratus kepentingan.

Kini syarikat Berjaya Group melalui Berjaya Rail Sdn Bhd bersama konsortiumnya ingin membida untuk Projek HSR maka pastinya rakyat mahukan adanya ketelusan di dalam proses bidaan ini walaupun umum mengetahui Berjaya Rail Sdn Bhd dipengerusikan oleh puteri Sultan Ibrahim.

Projek ini akan dibuat dalam skala yang besar dan melibatkan hubungan dua negara maka proses bidaan secara telus amat diharapkan boleh dibuat.

Sebelum ini kerajaan menganggarkan kos sebanyak RM100 bilion diperlukan untuk projek ini jika dibiayai oleh kerajaan.

Namun kosnya mungkin akan meningkat apabila kerajaan menyerahkan untuk pihak swasta menguruskan projek ini dengan kadar penglibatan kerajaan yang agak minimum.

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post
kk mart ham and cheese

Selepas Isu Kalimah Allah Di Stokin, KK Mart Kembali Dengan Isu Sandwic Ham And Cheese Yang Tidak Halal

Next Post
malaysia my second home program

Ejen Perumahan Program Malaysia My Second Home Hina Orang Melayu Malas

Related Posts