Inflasi, Harga RON95 Dan OPR Dijangka Naik Untuk 2025

ron95

Nomura Global Market Research memaklumkan bahawa inflasi di Malaysia, harga RON95 dan kadar dasar semalaman (OPR) dijangka meningkat pada 2025 kerana didorong oleh kenaikan kadar faedah disebabkan perkembangan ekonomi negara yang kukuh.

Ketua Ahli Ekonomi Nomura ASEAN, Euben Paracuelles menjangkakan inflasi Malaysia mencecah 4% berbanding dengan unjuran kerajaan iaitu dalam julat 2% sehingga 3.5%.

Beliau juga menganggarkan harga runcit RON95 berpotensi meningkat sebanyak 10% hingga 15% daripada harganya yang dihadkan pada RM2.05 sejak 2021.

Bukan itu sahaja malahan Bank Negara Malaysia (BNM) mungkin akan menaikkan OPR penanda aras sebanyak 25 mata asas kepada 3.25% pada suku kedua.

Kesemua kenaikan yang berlaku ini didakwa atas sebab ekonomi negara yang berkembang dan kukuh namun ia tidak semestinya menjadi perkhabaran yang baik kepada rakyat.

Semua Kenaikan Ini Terutamanya Harga RON95 Dikhuatiri Akan Membebankan Rakyat

Beliau memaklumkan ekonomi Malaysia sedang berkembang dengan pesat daripada jangkaan dibantu oleh perbelanjaan pengguna kukuh dan peningkatan kemasukan pelaburan asing.

Tambah beliau, Malaysia menyerlah dalam semua aspek seperti perbelanjaan pengguna kukuh, pertumbuhan gaji meningkat dan kemasukan aliran pelaburan tinggi terutamanya dalam teknologi dan AI (kecerdesan buatan) dan ledakan pembinaan data.

Semua faktor di atas memang tidak dinafikan membawa kebaikan kepada Malaysia dalam ekonomi namun ada perkara lain yang perlu dilihat oleh kerajaan.

Inflasi yang tinggi akan menyebabkan kos sara hidup menjadi mahal dan kini sudah banyak laporan merekodkan keluhan rakyat mengenainya.

Ada sumber yang mengatakan juga bahawa kenaikan gaji terutamanya kepada penjawat awam tidak menyelesaikan masalah kos sara hidup malahan ia bertambah teruk lagi.

Bukan itu sahaja malahan hingga kini pun kerajaan masih gagal untuk mengedepankan solusi yang baik bagi perlaksanaan subsidi secara bersasar bagi pembelian minyak petrol RON95.

Ekonomi yang baik hanya memberikan gambaran yang positif untuk negara ataupun golongan di atas sahaja namun ia tidak memberikan kelebihan kepada golongan marhaen di bawah.

Hal ini masih belum dimaklumkan lagi mengenai kegagalan kerajaan untuk menjaga bekalan makanan asasi rakyat Malaysia iaitu beras.

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post
ron97

Harga RON97 Dan Diesel Naik 5 Sen, Belum Turun Seperti Yang Anwar Janjikan

Next Post
gencatan senjata gaza

Selepas Gencatan Senjata Di Gaza, Adakah Syarikat Yang Diboikot Boleh Kembali Untung Atau Terus Rugi?

Related Posts