Bajet 2023: Gesa Cantas Isu Pengangguran – Meor Azim

JKP Pemuda BERJASA, Meor Azim

Tanjung Malim – Pembentangan Bajet 2023 pada pagi ini semestinya dinantikan dengan penuh pengharapan oleh semua golongan rakyat Malaysia.

Kebiasannya, bajet terbesar yang diperuntukkan oleh kerajaan banyak tertumpu kepada bidang pendidikan dan kesihatan memandangkan kedua-dua bidang ini dalam fasa yang kritikal daripada dahulu lagi.

Pemuda BERJASA, Meor Azim tidak ketinggalan juga dalam memberikan pendapat berkenaan pembentangan Bajet 2023 pada hari ini.

Beliau berharap agar perbentangan bajet esok benar-benar dapat memberi solusi tuntas kepada masalah utama rakyat.

Tambah beliau, isu seperti pengelasan para penganggur tidak menyelesaikan masalah dalam tempoh yang singkat kerana ia bukan jalan yang terbaik dan produktif.

Maka dengan itu, beliau berharap agar kerajaan mempertimbangkan kepada perancangan untuk mengatasi masalah pengangguran dengan memperhebatkan lagi program-program latihan kerjaya kepada rakyat.

“Impaknya, rakyat yang sedang mencari kerja ini mempunyai platform terbaik untuk membina kemahiran dan pengalaman seterusnya menaikkan nilai pasaran mereka di dalam pasaran kerjaya pada masa akan datang”, kata beliau.

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post
JKP Pemuda BERJASA, Isma Aiman

Harapan Pemuda BERJASA Untuk Bajet 2023 – Isma Aiman

Next Post
Ketua Penerangan BERJASA, Mohd Hamdan Mohd Shariff

Bajet 2023: Pertimbangkan Subsidi Bersasar – Mohd Hamdan

Related Posts