Sekolah Cina Sudah Melampau!

sekolah cina

KEPALA BATAS – Bantahan yang dibuat oleh sekolah Cina iaitu Lembaga Sekolah dan PIBG daripada 11 buah Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Cina (SMJKC) dan Sekolah Menengah Cina (SMC) di Pulau Pinang terhadap penggunaan bahasa Melayu dalam pengajaran Sains dan Matematik merupakan satu perbuatan biadab. Kerajaan sepatutnya mengingatkan sekolah Cina ini agar tidak melampaui batas sehingga boleh menimbulkan konflik antara kaum di Malaysia.

Mereka menggunakan alasan yang langsung yang tidak berasas dengan mengatakan pelaksanaan DLP tersebut yang menggunakan bahasa Melayu akan memberikan kesan negatif terhadap perkembangan pembelajaran murid-murid mereka. Alasan ini dangkal dan tidak cerdik serta menampakkan mereka sedang menerapkan sistem pendidikan yang gagal kerana tidak mampu menguasai bahasa Melayu yang juga merupakan subjek wajib lulus untuk peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Yang di-Pertua BERJASA Kepala Batas, Izwan berkata mereka sepatutnya menyambut baik aspirasi daripada Kementerian Pendidikan untuk memperkasakan bahasa Melayu kepada semua kaum melalui pendidikan. Mereka sepatutnya memanfaatkan medium dan peluang ini untuk menambahbaik lagi kualiti bahasa Melayu dari segi penulisan dan juga pertuturan.

“Mereka sepatutnya sedar bahawa bahasa Melayu merupakan salah satu identiti nasional di negara ini. Sebagai seorang warganegara yang baik, penguasaan bahasa Melayu yang baik perlu dititikberatkan oleh semua pihak”.

“Cukuplah bertindak melampau dengan mengemukakan tuntutan yang tidak masuk akal dan seakan ingin mencabar identiti negara ini yang berteraskan Melayu dan Islam”.

“Sudah sampai masanya pihak kerajaan melihat kembali sekolah vernakular ini kerana kewujudan dan tindak tanduknya tindakan mereka kerana kewujudannya kerana tidak tanduknya sering kali bertentangan dengan hasrat Kementerian Pendidikan Malaysia. Bahkan pihak sekolah lebih menekankan budaya dan pegangan kaum masing-masing yang menyebabkan identiti utama negara sering diabaikan dan tidak diamalkan.”, tegas beliau.

Tambah beliau lagi, jurang perkauman semakin besar kerana anak-anak pelbagai kaum dibesarkan secara terasing yang menyebabkan mereka kurang mengenali antara satu sama lain.

Tindakan segera perlu diambil terhadap institusi sekolah seperti ini kerana ia diibaratkan seperti api di dalam sekam yang akan menghilangkan identiti asal negara serta pencetus kepada isu perpaduan antara kaum seterusnya menambah barah dan parut yang lebih dalam terhadap masa depan generasi akan datang

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post
lantikan politik

Lantikan Politik kerajaan PMX: Ahli Parlimen DAP Dilantik Pengerusi Baharu TalentCorp

Next Post
BRICS

Kerajaan Wajar Bahaskan Di Parlimen Dahulu Jika Malaysia Ingin Sertai Pakatan BRICS

Related Posts