politik Malaysia Penuh Dengan Ahli Politik Dinosaur

BANGI – Politik Malaysia dalam 20 hingga 30 tahun kebelakangan ini dipenuhi dengan ‘ahli politik dinosaur’ atau kata lainnya ahli politik yang berusia.

Itu kata-kata yang diucapkan oleh Naib Presiden BERJASA, Afif Badhrulhisham dalam menggambarkan senario politik tanah air kini yang sering mengangkat muka ahli politik yang sama. Walaupun Malaysia mempunyai beberapa muka baharu dalam arena politik Malaysia yang terdiri daripada orang muda namun mereka tetap merupakan proksi kepada ahli politik tua ini. Hasilnya, tiada pembaharuan yang boleh dilakukan dan harapan untuk membawa nafas politik yang lebih segar sukar untuk dilaksanakan.

“Mereka sedar pengaruh yang ingin dibina oleh ahli-ahli politik muda ini masih terhad maka mereka memerlukan golongan ahli politik dinosaur ini untuk mendapatkan bantuan wang dan pengaruh daripada mereka. Kesannya, idea-idea segar yang ingin dibawa oleh ahli-ahli politik muda ini akan terhakis secara perlahan setelah dipengaruhi oleh ahli politik dinosaur”, tegas beliau.

Selain itu, beliau juga mengatakan bahawa sistem politik tanah air juga sudah penuh dengan kerosakan kerana sebahagian ahli politik yang ada sekarang tidak tahu untuk membezakan perkara mana yang baik dan buruk. Hal ini dapat dilihat dengan jelas dalam konteks pemberian wang percuma secara meluas ataupun dalam erti kata lainnya iaitu rasuah dan ‘soft briberies’ lebih-lebih lagi ketika berkempen dalam pilihan raya.

“Bagaimana untuk kita wujudkan perubahan kepada negara jika ahli politik yang jujur dan mempunyai idea yang segar akan kalah dengan ahli politik yang ada kekuatan kewangan yang kukuh untuk digunakan sebagai rasuah dalam politik. Perkara ini sudah dinormalisasikan selama puluhan tahun maka tahap politik negara kita akan sudah lama berada di tahap yang terburuk”, ulas beliau.

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Presiden BERJASA Ziarah Datuk Dr. zulkifli mohamad Al-bakri

Next Post

Akta Parlimen Berpenggal bakal jadikan kerajaan, PM tak kompeten

Related Posts