Sekatan Akaun TikTok Ustaz Zamani: Dimanakah Laungan Kebebasan Bersuara?

BANGI- Baru-baru ini, akaun TikTok milik Ustaz Zamani Ibrahim, telah disekat secara kekal. Sekatan ini menimbulkan tanda tanya dalam kalangan rakyat Malaysia, terutamanya mereka yang mengikuti beliau secara rapat. Sekatan akaun media sosial TikTok Ustaz Zamani Ibrahim bukanlah kali pertama. Akaun pertamanya telah ditutup pada 28 Februari 2024, diikuti dengan sekatan ke atas akaun keduanya pada akhir 26 Februari 2025.

Menurut Ustaz Zamani Ibrahim, akaun TikTok beliau mendapat sambutan hampir 10 juta tanda suka. Intipati video TikTok beliau sangat dekat dengan rakyat dan mengutarakan isu semasa permasalahan yang dihadapi oleh rakyat dan isu-isu nasional yang perlu diambil berat oleh kerajaan. Videonya bukan sekadar sembang kosong, tetapi isi percakapan turut mengemukakan solusi kepada kerajaan. Namun, tindakan yang diambil ke atas beliau seolah-olah mencerminkan sekatan terhadap pandangan yang tidak selari dengan pihak berkuasa.

Perkara ini juga turut menarik minat Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, beliau menyatakan sekatan kandungan berunsur kritikan kepada kerajaan menerusi media sosial kini meningkat 40 kali ganda. Perkara ini membangkitkan persoalan mengenai prinsip kebebasan bersuara yang dijamin dalam Perkara 10(1) Perlembagaan Persekutuan Malaysia.

Suara Rakyat Didengari atau Tidak?

Perkara 10(1) Perlembagaan Persekutuan menyatakan bahawa setiap warganegara Malaysia mempunyai hak untuk bersuara. Ini adalah asas kepada sistem demokrasi di negara ini. Namun, dalam realiti semasa, kebebasan ini sering kali dilihat seolah-olah dikawal atau disekat apabila pandangan yang disuarakan bertentangan dengan kepentingan pihak tertentu. Tambahan lagi, suara rakyat ini bukanlah menyentuh 3R (Race, Religous and Royalty). Jadi mengapa disekat video sosial media yang memberikan pengisian yang bermanfaat kepada rakyat dan memberi input kepada negara secara keseluruhan. Didalam video juga, Ustaza Zamani Ibrahim hanya melontarkan kritikan dan persoalan-persoalan yang boleh dibalas dengan jawapan daripada pihak kerajaan. Bukan terus disekat tanpat sebarang amaran.

Sebelum ini, kerajaan sering menegaskan komitmen terhadap kebebasan bersuara dan menjadi pendengar setia kepada rakyat. Namun, tindakan sekatan seperti ini menimbulkan kekeliruan sama ada prinsip tersebut benar-benar dipertahankan atau hanya sekadar retorik. Jika kebebasan bersuara hanya terpakai kepada mereka yang menyokong naratif tertentu, maka ia bukanlah kebebasan yang sebenar. Jika suara rakyat terus disekat tanpa sebab yang jelas, maka apakah makna sebenar kebebasan yang diperjuangkan selama ini? Kerajaan perlu memberi penjelasan yang adil dan memastikan bahawa setiap tindakan yang diambil selaras dengan prinsip demokrasi serta hak asasi rakyat.

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Lelaki Berpakaian Wanita dalam Acara Hiburan, Apa Tindakan Kerajaan dalam Membendung Budaya Songsang?

Next Post

DOUBLE STANDARD: HINA BUKAN ISLAM DIHUKUM SEGERA, KEMATIAN MUHAMMAD ADIB MASIH TIADA KEADILAN

Related Posts