DOUBLE STANDARD: HINA BUKAN ISLAM DIHUKUM SEGERA, KEMATIAN MUHAMMAD ADIB MASIH TIADA KEADILAN

Ketidakadilan agama dan penghapusan kedudukan agama Islam dalam sistem dan perlembagaan negara semakin jelas apabila tindakan pantas diambil terhadap penyampai radio ERA FM yang didakwa menghina agama Hindu, sedangkan kes kematian Muhammad Adib yang berlaku sejak 2018 masih belum menemui penyelesaian. Dalam masa kurang 24 jam selepas video kontroversi itu tular, ketiga-tiga penyampai radio terus digantung tugas, membuktikan bahawa tindakan boleh diambil dengan pantas apabila sesuatu isu mendapat tekanan tertentu.

Namun, dalam kes Muhammad Adib anggota bomba yang dipercayai dipukul hingga maut dalam rusuhan Kuil Sri Maha Mariamman keadilanya masih tergantung tanpa keputusan yang jelas. Inkues telah mengesahkan bahawa kematiannya berpunca daripada tindakan jenayah, tetapi hingga hari ini, tiada individu yang dihukum.

Keadaan ini menimbulkan persoalan serius: mengapa dalam kes yang melibatkan penghinaan terhadap bukan Islam, hukuman boleh dijatuhkan segera, tetapi dalam kes seorang anggota bomba Islam yang terkorban ketika bertugas, keadilan terus ditangguhkan?

Ketidakseragaman dalam tindakan ini bukan sekadar isu teknikal perundangan, tetapi ia mencerminkan double standard dalam sistem keadilan negara. Jika jenaka sensitif boleh dihukum serta-merta, mengapa pembunuhan seorang penjawat awam tidak mendapat pembelaan yang sewajarnya? Kegagalan menyelesaikan kes Muhammad Adib bukan hanya mencabar kredibiliti kerajaan, tetapi juga menimbulkan persoalan sama ada keadilan di negara ini benar-benar bersifat adil dan saksama untuk semua.

Admin Gelombang BERJASA

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Sekatan Akaun TikTok Ustaz Zamani: Dimanakah Laungan Kebebasan Bersuara?

Next Post

Beras Tempatan: Fokus Kedaulatan Makanan, Henti Beri Alasan

Related Posts