Lelaki Berpakaian Wanita dalam Acara Hiburan, Apa Tindakan Kerajaan dalam Membendung Budaya Songsang?

Pada 16 Februari 2025, sebuah acara hiburan mencetuskan kontroversi apabila beberapa lelaki muslim tampil berpakaian menyerupai wanita secara terbuka di hadapan khalayak ramai. Perbuatan ini telah menimbulkan keresahan masyarakat Islam di Malaysia kerana jelas mencabar nilai agama dan budaya tempatan.

Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Datuk Dr. Sirajuddin Suhaimee, memaklumkan bahawa JAKIM memandang serius isu ini dan akan mengambil tindakan susulan. Menurut beliau, JAKIM telah menghubungi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) untuk meneliti tindakan undang-undang yang boleh diambil, selain memanggil individu yang terlibat untuk sesi perbincangan dan bimbingan.

Isu lelaki berpakaian seperti wanita dalam acara hiburan bukan sesuatu yang baharu, tetapi apa yang membimbangkan ialah ia semakin berani dipertontonkan secara terbuka. Sikap kerajaan yang lemah dalam menangani gejala ini telah memberi ruang kepada kelompok tertentu untuk mempromosikan budaya songsang secara bebas, walaupun ia bertentangan dengan nilai Islam dan budaya Malaysia.

Namun, sejauh mana keberkesanan tindakan ini jika tiada ketegasan daripada kerajaan?


Lebih menyedihkan, insiden ini berlaku tidak lama selepas bantahan DAPSY terhadap garis panduan JAKIM berkenaan pakaian sopan bagi umat Islam. Apakah ini satu kebetulan? Atau satu lagi usaha halus untuk mencabar kedudukan Islam di Malaysia? Jika sebelum ini mereka hanya menentang institusi Islam, kini mereka semakin berani mencabar ajaran Islam itu sendiri!


Inilah bahayanya ideologi liberalisme dan pluralisme yang mencairkan identiti nasional Islam di Malaysia. Budaya sebegini bukanlah budaya tempatan dan tidak seharusnya dibiarkan sehingga memberi pengaruh yang besar kepada generasi muda. Jika kerajaan terus berlembut dalam menangani isu ini, tidak mustahil lebih banyak norma yang bertentangan dengan Islam akan masuk dengan mudah ke dalam masyarakat.

BERJASA: Tindakan Tegas Diperlukan, Bukan Sekadar Nasihat!


Parti BERJASA menyeru dan mendesak agar kerajaan tidak boleh terus berdiam diri dalam isu ini. Perbuatan lelaki berpakaian wanita bukan sahaja bercanggah dengan ajaran Islam, tetapi juga melanggar undang-undang syariah yang telah lama digariskan oleh pihak JAWI. JAWI telah memaklumkan bahawa individu yang terlibat dalam acara hiburan ini akan dipanggil untuk siasatan kerana melanggar Seksyen 25 Akta Jenayah Syariah Wilayah Persekutuan.

Namun, apakah tindakan ini akan benar-benar memberi kesan jika kerajaan tidak menunjukkan ketegasan dalam menguatkuasakan undang-undang?


Perlu juga untuk ditekankan sekali lagi bahawa Islam sebagai agama Persekutuan harus dilindungi daripada sebarang unsur yang boleh mencemarkan nilai dan identiti negara. Oleh itu, kerajaan harus mengambil tindakan lebih tegas dengan memperkukuhkan undang-undang syariah serta
mengenakan hukuman berat kepada mana-mana pihak yang cuba mempromosikan budaya songsang ini.

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Perletakan Jawatan Naib Canselor UKM: Berpunca Daripada Campur Tangan Politik?

Next Post

Sekatan Akaun TikTok Ustaz Zamani: Dimanakah Laungan Kebebasan Bersuara?

Related Posts