Satu Pengiktirafan Kepada Industri Vape

Ketua Penerangan BERJASA, Mohd Hamdan

Shah Alam – BERJASA membantah sekeras- kerasnya tindakan Yang Berhormat Menteri Kesihatan mengeluarkan nikotin daripada senarai racun dan mengenakan cukai yang akan membantutkan usaha Kementerian Kesihatan dalam mengawal ketagihan rokok dan vape selama ini.

Ketua Penerangan BERJASA, Mohd Hamdan Mohd Shariff berkata, ia seolah- olah memberi pengiktirafan kepada produk vape dan pelbagai lagi yang mempunyai cecair nikotin dan boleh dimanipulasi pelbagai pihak untuk keuntungan tanpa mengambil kira kesan jangka panjang kepada kesihatan rakyat dan kesan ekonomo dan sosial kepada generasi muda.

“Saya lihat terdapat kepincangan yang jelas dalam pengurusan isu ini dan dibuat tergesa gesa. Kemungkinan terdapat desakan pihak industri yang mendesak melalui kementerian kewangan untuk mendapatkan kelulusan sebelum rang undang undang dan GEG dibahaskan di Parlimen”.

“Saya mewakili BERJASA mendesak kerajaan menyemak semula keputusan Kementerian Kesihatan Malaysia yang menggunakan kuasa veto dalam isu ini tanpa mengambil kita pandangan pakar dan organisasi- organisasi kesihatan yang kebanyakannya menentang keputusan separuh masak tersebut”.

Beliau juga menyarankan agar menteri-menteri kabinet lain mengeluarkan sokongan yang sama dalam membantah keputusan ini.

Tambah beliau lagi, kerajaan tidak seharusnya mementingkan keuntungan daripada cukai semata – mata, sedangkan ia akan membawa mudharat yang lebih besar dan kesan ketagihan bahan berbahaya di kalangan generasi baru.

Ketagihan pengambilan vape hasil daripada pengembangan industri vape sebenarnya hanya mendatangkan kerugian kepada kerajaan kerana kerajaan pada masa akan datang perlu mengeluarkan bajet kesihatan yang besar untuk merawat pesakit-pesakit kesan daripada vape.

Terdahulu, kerajaan melalui Kementerian Kesihatan Malaysia telah bertindak mengeluarkan nikotin daripada Akta Racun 1972 yang membolehkan penjualan vape dilakukan secara berleluasa dan kutipan cukai dapat dibuat oleh kerajaan.

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Ke Mana Arah Tuju Malaysia Madani?

Next Post
Setiausaha Agung BERJASA, Zulkifli Yahya

Tidak Cukup Lagikah Orang melayu Berkorban?

Related Posts