Saranan Tun Mahathir Wajar, Rasional

HULU LANGAT – Penyahbekuan akaun Aman Palestin seperti yang disarankan negarawan Tun Mahathir amat wajar dan rasional. Hal ini demikian kerana rakyat Palestin bakal menghadapi musim sejuk yang mencabar tidak lama lagi dan semestinya mereka amat mengharapkan bantuan daripada Aman Palestin.

Jawatankuasa Pusat BERJASA, Ustaz Annuar Salleh berkata SPRM sepatutnya mempertimbangkan untuk menyahbekukan akaun milik Aman Palestin bagi membolehkan penyaluran bantuan kepada rakyat Palestin dapat disalurkan secara terus ke sana. Agak malang dan tragis bagi mereka apabila sudahlah diserang secara kejam oleh Zionis dan sekarang terpaksa bertarung nyawa dengan cuaca sejuk yang melampau.

“Kebiasaannya pada penghujung tahun negara Palestin dan beberapa negara di Semenanjung Arab akan menghadapi musim sejuk yang melampau dan seperti kebiasannya Aman Palestin akan menghantar bantuan ketika musim sejuk seperti di Lubnan, Syria dan Palestin”.

“Amat mendukacitakan apabila SPRM bertindak membekukan dana yang sepatutnya disalurkan ke sana untuk bantuan musim sejuk. Perlu diingat bahawa mereka terpaksa mempertaruhkan nyawa mereka ketika berhadapan dengan cuaca sejuk yang melampau. Usahlah tambah keperitan mereka dengan menahan bantuan kepada mereka”, tegas beliau.

Sebahagian besar penduduk Gaza yang tinggal sehelai sepinggang selepas serangan Israel kini menghadapi ancaman musim sejuk tanpa keperluan asas bagi memanaskan badan.

Menurut agensi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk pelarian Palestin (UNRWA), suhu di Gaza kini semakin turun dan hujan lebat sudah menjadi perkara biasa, menandakan ketibaan musim sejuk.

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

BERJASA Johor Tolak cadangan buka kedutaan israel di malaysia

Next Post

Mengapa Menteri Dan Timbalan Menteri Belia Dan Sukan Masih Dikekalkan?

Related Posts