Larut – BERJASA Larut pada 30 April 2023 iaitu hari Ahad yang lepas telah pun menganjurkan Majlis Jamuan Hari Raya Aidilfitri yang bertempat di Pusat Aktiviti Masyarakat Kampung Perak.
Kehadiran lebih 800 masyarakat sekitar Larut telah menambah kemeriah majlis yang serba warna-warni ini.
Cuaca panas sepanjang majlis tidak menghalang Yang Di-Pertua BERJASA Larut, Zulkifli Yahya selaku tuan rumah majlis untuk menyantuni para hadirin dan tetamu yang hadir ke majlis tersebut.
Majlis ini dianjurkan sebagai satu inisiatif untuk merapatkan hubungan BERJASA Bahagian Larut bersama masyarakat sekitar Larut.