1. BERJASA telah lama berbakti dan menyantuni masyarakat berbilang kaum dalam Parlimen yang ditandingi dalam PRU15 ini. Jadi tidak timbul langsung persoalan sudah bersedia ataupun tidak.
2. Kami telah lama bertapak dan berbakti kepada masyarakat setempat. Bahkan di sesetengah Parlimen dan DUN, calon yang diketengahkan telah berpuluh tahun berbakti dan menabur jasa samada melalui aktiviti kesukarelawanan, NGO mahupun melalui wadah rasmi parti. Contohnya di DUN Batu Kurau, Parlimen Bangi dan Parlimen Tampin.
3. Hanya ada beberapa Parlimen dan DUN baharu yang kita perolehi setelah selesai pembahagian kawasan bersama rakan strategik GTA, selebihnya kita memang telah lama bersedia.
4. Dengan sokongan masyarakat setempat dan kekuatan jentera pilihanraya yang telah dibentuk, BERJASA amat optimis mampu memberikan impak luar biasa dalam PRU15 kali ini.
5. Kekuatan utama kami ialah kelainan yang akan ditonjolkan sepanjang tempoh berkempen ini. Terutamanya konsep kempen berwibawa selaras dengan aspirasi parti bagi mencorak pentas politik baharu yang lebih bersih dan segar buat Malaysia.
6. Seluruh jentera BERJASA di bawah logo Parti Pejuang akan mengangkat agenda pembangunan negara dan peningkatan ekonomi rakyat tanpa elemen hasutan, kebencian, kata-kata kesat, mencemuh lawan atau parti lawan, membunuh karakter, tuduhan tanpa fakta serta menabur janji kosong yang tidak realistik untuk dilaksanakan.
7. Golongan anak muda terutamanya golongan yang akan mengundi buat pertama kali amat muak dan sudah terlalu jelek dengan konsep lama berkempen yang biasa dibuat oleh parti-parti utama negara selama ini.
8. Dengan pendekatan hikmah yang baharu ini, BERJASA amat optimis mampu menambat hari para pengundi muda dan seterusnya menang di kawasan-kawasan strategik yang disasarkan
Ir. Ts. Lukman Al Hakim
Pengarah Pilihan Raya BERJASA