Keputusan Pembelaan Syed Saddiq Diketahui Hari ini

KUALA LUMPUR – Nasib Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman sama ada dilepaskan atau disabitkan atas empat pertuduhan bersubahat pecah amanah, salah guna harta dan pengubahan wang haram berkaitan dana Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada), akan diputuskan Mahkamah Tinggi di sini, hari ini.

Hakim, Datuk Azhar Abdul Hamid dijadualkan membaca keputusan di akhir kes pembelaan itu pada jam 9 pagi.

Jika mahkamah memihak kepada pihak pembelaan dengan berpendapat bekas Menteri Belia dan Sukan itu berjaya menimbulkan keraguan munasabah, beliau akan dilepas dan dibebaskan serta-merta.

Bagaimanapun, jika mahkamah berpandangan sebaliknya, Presiden Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) berusia 30 tahun itu berdepan hukuman penjara atau denda, jika sabit kesalahan.

Pada 27 September tahun lalu, pendakwaan menutup kesnya selepas memanggil 30 saksi untuk memberi keterangan pada perbicaraan kes itu yang bermula 21 Jun, manakala pendakwaan serta pembelaan selesai berhujah pada 6 Oktober.

Sebahagian saksi tersebut ialah ibu bapa Syed Saddiq, Shariffah Mahani Syed Abdul Aziz dan Syed Abdul Rahman Abdullah Asagoff serta bekas Penolong Bendahari Armada, Rafiq Hakim Razali.

Kes itu dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Wan Shaharuddin Wan Ladin dan Mohd ‘Afif Ali, manakala peguam, Gobind Singh Deo dan Haijan Omar mewakili bekas Ketua Armada Bersatu.

Pada 28 Oktober 2022, Syed Saddiq diperintah membela diri atas semua pertuduhan berkenaan.

Sumber: Sinar Harian

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Cadangan Dasar Gaji Progresif Bakal Dibentangkan di Parlimen – Rafizi

Next Post

Rumah Dinaiki Air Semula Selepas Sehari Cuci Rumah