Kakitangan Kebangsaan Palestin Bantu Jururawat AS Keluar Dari Gaza

Emily Callahan, seorang jururawat dari Amerika Syarikat (AS) yang juga pengurus aktiviti Doctors Without Borders (MSF) yang berjaya keluar dari Gaza memberitahu dirinya pasti terbunuh dalam seminggu jika bukan kerana kakitangan kebangsaan Palestin yang menjaganya.

26 hari menyaksikan genosid rejim zionis dilancarkan ke atas penduduk Gaza sejak 7 Oktober lalu, beliau tidak menafikan mereka turut diasak penduduk yang terdesak ketika di Khan Younis Training Center (KYTC).

Diwawancara Anderson Cooper dari CNN, beliau diajukan soalan adakah dirinya risau terbunuh disebabkan tindakan masyarakat yang terdesak? 

Emily menjelaskan kerisauannya adalah samada mereka akan mati disebabkan kelaparan atau kehabisan air dan tim tempatanlah yang berunding untuk semua keperluan harian dirinya serta rakan-rakan untuk bertahan hidup.

“Bila saya kata kami boleh mati kelaparan tanpa mereka, saya bukan mengada-adakan cerita dan di saat masyarakat awam dalam situasi terdesak (dan berang), mereka (kakitangan kebangsaan) bertindak tegas, dan dengan tenang menjelaskan kepada mereka (masyarakat);

“Mereka (Emily dan kumpulan MSF) juga senasib dengan kamu semua, mereka tiada bekalan, tiada makanan dan air, mereka juga tidur di luar di atas konkrit.

“Dan mereka (kakitangan kebangsaan) melakukanya dengan penuh kelembutan, menenangkan mereka dengan kasih sayang tanpa kekerasan dalam jiwa mereka sehingga (apa yang diungkapkan) menenangkan semua di sekeliling mereka,” katanya.

Cooper turut bertanya apakah situasi ketika hendak merentas sempadan Rafah? Emily menjawab; “Mereka (kakitangan kebangsaan) tidak meninggalkan kami langsung.”

“Mereka memastikan mereka berdiri di antara kami (MSF) dan masyarakat yang terdesak, mereka memastikan mereka bercakap dengan semua pegawai rasmi yang mereka boleh jumpa.

“Cuba menolak kami keluar, cuba memastikan kami menaiki bas, cuba mengeluarkan kami (dari Gaza) dan kami duduk dan melihat lelaki-lelaki hebat yang mengorbankan segalanya untuk kami.

“Mengorbankan masa bersama keluarga mereka, keselamatan fizikal mereka, sumber air mereka sendiri diberikan kepada kami, dan kami lihat mereka berjuang untuk memastikan kami merentas sempadan, mengetahui hakikat bahawa mereka tidak akan mengikuti kami,” katanya.

Emily juga menegaskan mereka langsung tidak berputus asa.

‘Ibrahim’, antara kakitangan kebangsaan yang gigih disebut menjayakan pelepasan Emily dan rakan-rakannya (warga asing) keluar dari Gaza itu pada malamnya dimaklumkan bahawa kedua ibu-bapanya (Ibrahim) terkorban.

Doctors Without Borders atau Medecins Sans Frontieres (MSF) merupakan organisasi kemanusiaan perubatan antarabangsa yang menyampaikan bantuan perubatan kecemasan kepada mereka yang terkesan dengan wabak, pandemik, bencana alam dan konflik bersenjata.

Sumber:

The Merdeka Times

 Youtube –  CNN: American nurse who got out of Gaza describes desperation she saw

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Bebaskan Tebusan Israel, Sekiranya Mahu Gencatan Senjata Dilaksanakan – Netanyahu

Next Post

Tentera Israel Bunuh Diri Akibat Trauma Perang, Kecewa Dengan Kementerian Tentera darat Israel

Related Posts