Perjanjian Pangkor Lacurkan Nasib Anak Bangsa Melayu

PUTRAJAYA – Perjanjian Pangkor yang telah ditandatangani 150 tahun yang lalu menunjukkan keruntuhan nasionalisma dan patriotisma, nilai moral, integriti dan pengkhianatan yang telah menjual nasib bangsa. Nasib bangsa Melayu tidak terbela dan terus ditindas setelah semakin kuatnya cengkaman penjajah British di Tanah Melayu setelah menandatangi Perjanjian Pangkor pada 1874.

Ketua Penerangan BERJASA, Mohd Hamdan Mohd Sharif di dalam program Deklarasi Pangkor 150 berkata perjanjian ini adalah dustur hitam putih yang telah membuka pintu masuk secara besar-besaran kepada bumi Tanah Melayu. Orang Melayu semakin hilang kuasanya dan penguasaan terhadap ekonomi juga menjadi semakin mengecil.

“Kita menyaksikan konspirasi dan manipulasi penjajah British, kapitan- kapitan Cina iaitu Tang Kim Ching dan sekutunya yang mempergunakan kelemahan pembesar dan membuat satu pakatan Perjanjan Pangkor 1874. Manipulasi ini telah merubah kepimpinan Kesultanan Perak dan mempergunakan mereka”.

” Kongsi-kongsi Cina menerima tanah perlombongan dan monopoli perlombongan kepada mereka dan British seterusnya dapat memperkukuh penguasaan mereka dalam perdagangan timah dunia dan akhirnya membuka penguasaan politik mereka ke Negeri-Negeri Melayu Bersekutu”.

“Hasil bumi bertuah ini telah diserahkan kepada orang asing dan diagih-agihkan diantara mereka dan sebahagian besarnya dibawa keluar dari negara untuk manfaat bumi-bumi di Eropah mahupun Tanah Besar Cina. Ini adalah “hutang sejarah” yang tidak pernah dibayar kembali hingga hari ini”, tegas beliau.

Tambah beliau lagi, sejarah hitam ini adalah permulaan dalam ketidakseimbangan ekonomi yang menyebabkan jurang ekonomi tidak dapat diperbaiki hingga hari ini. Kenyataannya, hari ini masih lagi wujud pembesar dan pemimpin Melayu yang lemah, tidak amanah dan mengambil manfaat peribadi dari hasil bumi.

Keadaan ini tidak mustahil akan menyebabkan mana-mana tangan jahat sentiasa menunggu masa untuk merampas kemerdekan jiwa, bangsa, ekonomi dan kedaulatan bumi yang berdaulat ini.

Deklarasi Pangkor 150 yang diadakan di Yayasan Kepimpinan Perdana pada Sabtu lepas adalah sebagai tanda memperingati 150 tahun sejarah gelap Tanah Melayu apabila termeterainya Perjanjian Pangkor pada 1874. Turut hadir dalam persidangan itu ialah mantan Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Hilang Tanah, Hilang Kuasa Orang Melayu – Presiden BERJASA

Next Post

Pemimpin Melayu Takut Betulkan Sejarah

Related Posts